aHLAn wasAHLAn


Wednesday, 10 August 2011

Kem Kepimpinan Pelajar Terbilang 2011.

[1]. Assalamualaikum. Alhamdulillah usai satu lagi program kita, SYUKUR dengan pertolongan dari Allah S.W.T. dan terima kasih utk semua yang menggerakkan kem kali ni. Sekali lg kepada fasi dan ajk, terima kasih kerana meluangkan masa bersama adik2 kita.

[2]. Kem ni kita lakukan bagi melatih adik2 tentang perkara asas dalam pengurusan organisasi. Berusaha menjadi seorang pemimpin yang boleh mempengaruhi dan menggerakkan organisasi. Menjadi seorang pengikut yang setia dengan arahan ketua dan semangat cinta antara pemimpin dan ahli.

[3]. InsyaAllah akan saya tunjukkan beberapa gambar semasa program baru-baru ni.


Kem Kepimpinan Sek Men Agama Al-Falah 2011.




Wajah2 AJK & FASI wanita.



Our Big Bro a.k.a Camp Comander a.k.a Biro Disiplin: Hafiz Nasiran. Sape buat hal, siap lah tunggu balasan.. hehehe




Luqman dan Akh Sufi.


Tuan Pengarah Program: Akh Faisal.


Depan: Rauf(baju putih), Ehsan(baju kelabu) dan Muizreen(baju hitam.)
Barisan AJK & Fasi Lelaki.



Ramah mesra dengan penceramah, dari kiri: Haiqal, Mustaqim, Akh Eikhwan Ali dan Akh Asrol.



Kuliah yang disampaikan oleh Akh Eikhwan Ali.


Kuliah dari Akh Ashraf Ramli.


Dari kiri: Shamimi, Syuhada, Izzati & Puteri.


Biro Protokol tekun menyediakan bahan utk Closing, dari kiri: Rahimah dan Noriah.



Ni riadah a.k.a punishment dari Shamimi dan Haiqal.


One of the punishment. Actually not punishment, we learned something new handling an organization.


Another tarbiyyah jasmaniah..


LDK Pidato.



Malam Muhasabah oleh Akh Sufi.



Slot Psycho War. Panglima bersembunyi..





Barang amanah, selepas pencil lead 0.3 patah, mereka akan dapat satu brg amanah yang akan diberi oleh Biro Disiplin.

Sekian. Wallauhalam.

Saturday, 6 August 2011

Muqaddimah Ramadhan


Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah segala puji-pujian hanya untuk Allah yang menciptakan makhluk dan Dialah Pemilik Agung kepada makhlukNya. Syukur dengan segala nikmat yang diberi termasuk nikmat menyambut bulan Ramadhan Mubarak.

Umat Islam perlu menunjukkan sifat syukur yang tak terhingga kepada nikmat terbesar ini iaitu berpuasa di bulan yang mulia lagi diberkati, Ramadhan Al-Mubarak. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183:

“Wahai orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang terdahulu sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183)

“Bulan Ramadhan adalah bulan yang didalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan batil)” (Al-Baqarah :185)

Sesungguhnya, puasa dibulan Ramadhan merupakan satu tuntutan dalam Rukun Islam. Puasa dari zahirnya melaparkan manusia, namun disebalik zahir itu, nafsu manusia akan terkawal. Nafsu merupakan salah satu musuh bagi umat Islam selepas syaitan. Di bulan Ramadhan lah, kita dapat menjaga, mengawal dan mentarbiyyah nafsu kearah kebaikan. Nafsu akan menjadi-jadi bila kita mengisi perut kita dengan makan berlebihan. Apabila berpuasa, nafsu dapat dikawal, ibadat akan menjadi lebih baik dan bertambah.

Istimewa bulan ini, sirah-sirah Rasulullah menunjukkan betapa hebatnya puasa hingga dapat memberi kemenangan dalam beberapa peristiwa penting dalam Islam. Perang Badar, Fathul Makkah, Perang Ain Jalut, Pembukaan Andalus dan banyak lagi. Sama-sama kita mengambil pengajaran dari umat Islam terdahulu yang kuat apabila berpuasa. Umat Islam sekarang memperbanyakkan tidur dan berasa malas untuk membuat ibadat. Jauh bezanya dengan umat Islam di zaman dahulu. Kejayaan yang mereka kecapi adalah hasil dari taqwa yang tinggi dan semangat jihad dibulan Ramadhan.

Ramadhan juga memberi seribu nikmat kepada umat Muhammad S.A.W dengan pengurniaan Lailatul Qadr, turunnya Al-Quran, rahmat, maghfirah dan pembebasan dari api neraka. Subhanallah dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita. Cintanya Allah kepada umat Muhammad lebih dari umat lain kerana Nabi Muhammad S.A.W adalah kekasih Allah.

Ibadat sunnah seperti solat Terawih, solat Tasbih, tadarus Quran, sedekah dan zikir perlu istiqamah dibulan ini dan berterusan selepas Ramadhan. Madrasah Ramadhan salah satu institusi pemntarbiyyahan rohani kita disamping sebagai medan muhasabah dan mujahadah pada diri kita. Sentiasa melatih dan mendidik diri kearah pembentukan sahsiah diri. Istiqamah dalam ibadat, tingkatkan ilmu agama dan jalankan dakwah dibulan Ramadhan ini, InsyaAllah, ganjaran besar akan diberikan dengan usaha yang ikhlas.

Wallahualam.

MUHAMAD HAIQAL BIN SAFIE

Pengerusi HADAF.


Saturday, 9 July 2011

Jawatankuasa Pelaksana Kem Kepimpinan dan Professionalisme Pelajar Terbilang Sek Men Agama Al-Falah 2011.

PENASIHAT                         : TUAN HAJI MOHD JUNAIDI BIN ALIAS

PENGARAH                         : MUHAMAD FAISAL BIN ABDUL RAHMAN    
TIMBALAN PENGARAH   : AINAMADIAH BT HARUN             
SETIAUSAHA                       : NOOR FARIHAH BT ISMAIL                   
BENDAHARI                        : NUR IZZATI BT ISA 


BIRO  DISIPLIN DAN
KESELAMATAN                  : MOHD HAFIZ BIN NASIRAN       
                                                  NURSYAMIMI BTE SABARUDIN  

BIRO AKTIVITI DAN
PENYELARASAN               : MUHAMAD HAIQAL BIN SAFIE      
                                                 SITI NURFATEHAH BINTI HAJI OTHMAN     
                                                 NURAISYAH IZZATI BTE CHE AZAM         

BIRO KESELAMATAN DAN
KEBAJIKAN                         : AHMAD YUSUF                            
                                                  AISYAH ASSAFRA’                                            
                                                  SITI NUR HIDAYAH BTE ZAMRUN  

BIRO PROTOKOL               : MOHD ASRAN BIN JUSOH      
                                                 NORIAH BINTI OTHMAN                              
                                                 RAHIMAH BTE EMBONG                               

BIRO LOGISTIK                  : LUQMANUL HAQIM BIN ROSLAN          
                                                 NUR HAJAR HASBULLAH BIN MAT ZIN  
                                                 MD  FAIZ BIN MAT ZUKI

BIRO MAKANAN
DAN JAMUAN                     : MUHAMMAD AFIQ BIN ABDUL LATIF     
                                                  NOOR SAADAH BT ISMAIL                           
                                                  NUR SYAFIHAH MOHD BASRI     


BIRO TUGAS KHAS              : NURUL ASMIRA MOHAMMAD HAMRAN 
                                                    NORLIDA BTE MAT NOR

Monday, 27 June 2011

Taqwim Aktiviti HADAF

Berikut merupakan taqwim aktiviti sepanjang bulan Jun dan Julai. Ini merupakan rangka kerja awal dan beberapa aktiviti sudah diadakan dengan hasil usaha setiap EXCO HADAF.

11 Jun 2011: First Meeting dengan Pimpinan HADAF yang baru

13 Jun 2011: Ziarah Amal Kompleks Penyayang dibawah Biro Cakna & Ukhuwah dan SU2.
                       Second Meeting.

25 Jun 2011: Gotong-Royong dan Lukisan Mural dibawah Biro Hal Ehwal Sekolah dan SU1.

2 Julai 2011: Jemputan Larian 1Murid 1Sekolah

21-23 Julai 2011: Hari Perasmian Koperasi ditaklifkan kepada Bendahari dan Biro Ekonomi

28-30 Julai 2011: Kem Kepimpinan dan Profesionalisme Pelajar dibawah Biro Kerohanian, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi 2.

Tuesday, 21 June 2011

BAJU HADAF






Baju HADAF.

Detail:

  1. Kaler warna hijau pucuk pisang.
  2. Perempuan baju lengan panjang n labuh
  3. Lelaki berkolar (smart sket).
  4. Harga RM30 kebawah.
  5. Boleh bg nama, nama singkatan, spm thn berapa dan no. phone kpd Mohd Asran Jusoh ditalian 0194723249.
  6. Pembayaran melalui Bank-In ke akaun Asran.
  7. Tempahan boleh dibuat secepat mungkin.
 Sama2 kita rapatkan ukhuwah n semangat Al-Falah.

Ziarah Amal Kompleks Penyayang

Alhamdulillah, gembira dapat mengakhiri program pertama yang dikelolakan oleh Biro Cakna dan Ukhuwah dengan jayanya. InsyaAllah ni beberapa kenangan manis yang sempat dirakamkan semasa program. Semoga terhibur.











Sebahagian yang sempat kami rakamkan dengan lensa kami. Agak sedih dengan nasib mereka tetapi alhamdulillah dapat juga berbakti kepada mereka walaupun sekejap. Terima kasih kepada Haiqal, Aisyah Izzati, Farihah, Asran, Rauf, Aisyah Assafra', Luqman, Kak Saadah, Kak Syafihah dan Yusuf. Next time, kite gerak ag..

Monday, 20 June 2011

Pengenalan Himpunan Anak Didik Al-Falah (HADAF).

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, atas kurniaanNya kita bersama dalam menggerakkan HADAF ini.

InsyaAllah, saya selaku Pengerusi akan memperkenalkan HADAF secara UMUM utk semua ahli mengenali dengan lebih dekat.

[1]. Matlamat penubuhan HADAF sangat memainkan peranan dalam menggerakkan nya. HADAF ditubuhkan atas inisiatif bekas pelajar Al-Falah SPM 05 dibawah pimpinan Saudara Sufi dan rakan2nya. Semasa saya memegang HADAF tahun lepas, kami cuba mengetengahkan beberapa matlamat. Pertama, menjadikan HADAF sebagai entiti yang berdaftar, memperkenalkan HADAF kpd umum sebagai satu badan yang melakukan dakwah selari dengan kebajikan, memperkukuhkan institusi Al-Falah sebagai satu sek agama di kemaman dengan sumbangan HADAF dan menolong memperkasakan akademik, kemahiran, motivasi, sahsiah dan pengetahuan agama di kalangan adik2 pelajar. Fokus HADAF bukan sekadar kepada SEKOLAH juga untuk MASYARAKAT.

[2]. Tema HADAF yang kami ketengahkan ialah “PRODUCING PROFESSIONAL BROTHERHOODS”. Menggabungkan konsep professional dalam ukhuwah Islam tanpa mengabaikan satu pun nilai n ilmu Islam. Itulah apa yang dimaksudkan tema ini. Hubungan baik antara HADAF dan pelajar Al-Falah merupakan satu ikatan persaudaraan. Sebab itu, kami berusaha memotivasikan adik2 untuk Berjaya bukan sekadar diperingkat sekolah bahkan diperingkat university.

[3]. HADAF sangat sinonim bagi seluruh warga Al-Falah, InsyaAllah. Justeru, konsep dakwah dan kebajikan adalah merupakan tanggungjawab kita sebagai salah seorang pelajar sekolah agama di kemaman. Seorang muslim perlu bertindak untuk membantu saudara yang masih leka dalam hidup yang penuh dengan dugaan. Jadi menjadi inisiatif bagi kami untuk menjalankan dakwah kerana kita memahami tanggungjawab seorang pelajar sekolah agama bukan hanya terhad kepada sekolah bahkan seluruh masyarakat bergantung pada kita. Kebajikan yang diketengahkan bukan lah untuk mentafsirkan bahawa HADAF sebagai satu entity politik, tetapi kita menggunakan medium kebajikan untuk menarik masyarakat kearah Islam seperti dilakukan oleh Rasulullah.

[4]. Akhirnya, pimpinan HADAF mengharapkan sokongan dari semua ahli utnuk sama2 kita membangunkan ciri2 pelajar Islam. Latih diri kita dalam menyertai persatuan. Dalam persatuan berbagai pengalaman kita perolehi. Wallahualam.
PENGERUSI HADAF

Sunday, 19 June 2011

surat sumbangan untuk aktiviti mural

Himpunan Anak Didik Al-Falah,
24000 Kemaman,
Terengganu Darul Iman.
Pengetua,
Sekolah Menengah Agama Al-Falah,
24000 Kemaman,
Terengganu Darul Iman.                                                                              19 JUN 2011
Tuan,
Permohonan Sumbangan Cat dan Peralatan untuk Aktiviti Mural.
Merujuk kepada perkara di atas, saya, Mohd Haiqal bin Safie, pengerusi Himpunan Anak Didik Al-Falah ( HADAF ) ingin meminta sedikit sumbangan daripada pihak tuan bagi melancarkan aktiviti mural yang akan dijalankan di Sekolah Menengah Agama Al-Falah (SMAAFK).
2.         Untuk makluman pihak tuan, kami memerlukan sumbangan daripada pihak sekolah bagi membeli cat dan peralatan yang akan digunakan untuk aktiviti tersebut. Jumlah wang sumbangan yang diperlukan ialah sebanyak RM100.00 sahaja.  
3.         Program ini akan disertai oleh beberapa orang ahli HADAF dan pelajar-pelajar asrama sekolah. Tarikh, masa dan tempat adalah seperti berikut :
            Tarikh : 25 Jun 2011 (Sabtu)
            Masa : 8.30 hingga 10.30 pagi
            Tempat : disekitar kawasan SMAAFK
4.         Oleh itu, saya berharap pihak tuan dapat meluluskan permohonan ini. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
sekian.

Yang Benar,

(MOHD HAIQAL BIN SAFIE)
Pengerusi,
Himpunan Anak Didik Al-Falah (HADAF).

surat permohonan aktiviti mural & gotong-royong

Himpunan Anak Didik Al-Falah,
24000 Kemaman,
Terengganu Darul Iman.
Pengetua,
Sekolah Menengah Agama Al-Falah,
24000 Kemaman,
Terengganu Darul Iman.                                                                              19 JUN 2011
Tuan,
Permohonan Mengadakan Gotong-royong dan Mural.
Merujuk kepada perkara di atas, saya, Mohd Haiqal bin Safie, pengerusi Himpunan Anak Didik Al-Falah ( HADAF ) ingin meminta kebenaran daripada pihak tuan untuk mengadakan gotong-royong dan mural di Sekolah Menengah Agama Al-Falah (SMAAFK).
2.         Untuk makluman pihak tuan, program ini bertujuan untuk merapatkan ukhwah di antara bekas pelajar Al-Falah dengan pelajar sekolah al-Falah. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membantu pihak tuan menghias kawasan sekolah serta memperkenalkan HADAF kepada pihak sekolah dan para pelajar.
3.         Program ini akan disertai oleh beberapa orang ahli HADAF dan pelajar-pelajar asrama sekolah. Tarikh, masa dan tempat adalah seperti berikut :
            Tarikh : 25 Jun 2011 (Sabtu)
            Masa : 8.30 hingga 10.30 pagi
            Tempat : disekitar kawasan SMAAFK
4.         Oleh itu, saya berharap pihak tuan dapat meluluskan permohonan ini. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
sekian.

Yang Benar,

(MOHD HAIQAL BIN SAFIE)
Pengerusi,
Himpunan Anak Didik Al-Falah (HADAF).

subHAnALLah..

Apabila Allah cepat makbulkan doa kita,maka dia menyayangi kita...
Firman Allah,maksudnya:"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka):Sesungguhnya Aku sentiasa hampir(kepada mereka):Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku.Maka hendaklah mereka menyahut seruan Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."(Surah Al-Baqarah 186)

Apabila Dia lambat makbulkan doamu,Dia ingin menguji kita...
Menurut al-Khatabi:"Jika Allah tidak menjawab doa seseorang,Dia kan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya daripada kecelakaan,menggantinya dengan pahala."

Menurut Hukama:"Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan,sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi daripada apa yang dipohon,atau ia menolak denagn musibah atau penyakit lebih banyak daripada apa yang yang dipinta,atau diberikan ganjaran pada hari kiamat."

Apabila Dia tidak makbulkan doa kita,maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita...
Firman Allah,maksudnya:"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.Dan (ingatlah),Allah jua Yang Maha Mengetahui(semua itu),sedang kamu tidak (Surah Al-Baqarah 216)

Oleh itu,sentiasalah bersangka baik pada Allah...
Firman Allah s.w.t,maksudnya:Aku bersama sangkaan hambaKu terhadapKu,maka bersangka tentangKu apa sahaja yang kamu ingini."(Hadis Qudsi)

Thursday, 16 June 2011

SEnARai pmpNAN n EXcO HADAF

PENGERUSI:
MUHAMAD HAIQAL BIN SAFIE         0193635248

TIMB PENGERUSI 1:
MOHAMAD HAFIZ BIN NASIRAN      0145155981

TIMB PENGERUSI 2:
NURAISYAH IZZATI BTE CHE AZAM     0132004018

SETIAUSAHA 1:
NOOR FARIHAH BTE ISMAIL      0133221618

SETIAUSAHA 2:
NUR IZZATI BTE ISA          0133204707

BENDAHARI:
SITI NURFATEHAH BINTI HAJI OTHMAN     0148404500

BIRO KEROHANIAN:
MUHAMAD FAISAL BIN ABDUL RAHMAN ( KETUA )        0145096011                   
AINAMADIAH BTE HARUN ( PENOLONG )         0145212559
AJK:  AISYAH ASSAFRA’ BTE  ABDUL RAZAK       0148220772
AJK:  LUQMAN NUR HAQIM BIN ROSLAN        0145225546
AJK:  MOHD KHAIRUL ANIZAN BIN IBRAHIM       0145179251
AJK: NORIAH BINTI OTHMAN        0148047323
AJK: WAN ARIF WAN AHMAD
AJK: FATNA AFIQAH BINTI IBRAHIM
AJK: ATIQAH BINTI AZMI

BIRO HAL EHWAL SEKOLAH:
MOHD HARITH HAKIMI BIN AMRAN (KETUA)      0145180870
SITI RAWIAH RASYIQAH BINTI ABDUL RAZAK       0148350727
AJK: AISYAH AQILAH
AJK: NUR FADIANA

BIRO MULTIMEDIA DAN PUBLISITI:
ABDUL RAUF BIN MUSA (KETUA)      0139664076                                         
NOOR SAADAH BTE ISMAIL ( PENOLONG )      0139377620
AJK: MOHAMAD SYAZWAN BIN MOHD ZAKI      0145497701
AJK: FATIN MARDHIYYAH BINTI 

BIRO CAKNA DAN UKHUWAH:
 MOHD ASRAN BIN JUSOH ( KETUA )      0194723249                               
 IZZATI SYAZWANI  ( PENOLONG )       0199022515

BIRO EKONOMI:
AHMAD YUSOF BIN MOHAMAD (KETUA)       0134646471
PUTERI NUR AFIQAH BINTI MOHD NOOR       0145005918
AJK: SITI NUR HIDAYAH BINTI ZAMRUN      0145329197
AJK: SITI KHADIJAH BINTI ZOLL                0145078499
AJK: SAFIYAH BINTI ALI                             0145167465
AJK: NORMAIZATUL AKMA BINTI MAMAT       0148108494