aHLAn wasAHLAn


Wednesday 10 August 2011

Kem Kepimpinan Pelajar Terbilang 2011.

[1]. Assalamualaikum. Alhamdulillah usai satu lagi program kita, SYUKUR dengan pertolongan dari Allah S.W.T. dan terima kasih utk semua yang menggerakkan kem kali ni. Sekali lg kepada fasi dan ajk, terima kasih kerana meluangkan masa bersama adik2 kita.

[2]. Kem ni kita lakukan bagi melatih adik2 tentang perkara asas dalam pengurusan organisasi. Berusaha menjadi seorang pemimpin yang boleh mempengaruhi dan menggerakkan organisasi. Menjadi seorang pengikut yang setia dengan arahan ketua dan semangat cinta antara pemimpin dan ahli.

[3]. InsyaAllah akan saya tunjukkan beberapa gambar semasa program baru-baru ni.


Kem Kepimpinan Sek Men Agama Al-Falah 2011.




Wajah2 AJK & FASI wanita.



Our Big Bro a.k.a Camp Comander a.k.a Biro Disiplin: Hafiz Nasiran. Sape buat hal, siap lah tunggu balasan.. hehehe




Luqman dan Akh Sufi.


Tuan Pengarah Program: Akh Faisal.


Depan: Rauf(baju putih), Ehsan(baju kelabu) dan Muizreen(baju hitam.)
Barisan AJK & Fasi Lelaki.



Ramah mesra dengan penceramah, dari kiri: Haiqal, Mustaqim, Akh Eikhwan Ali dan Akh Asrol.



Kuliah yang disampaikan oleh Akh Eikhwan Ali.


Kuliah dari Akh Ashraf Ramli.


Dari kiri: Shamimi, Syuhada, Izzati & Puteri.


Biro Protokol tekun menyediakan bahan utk Closing, dari kiri: Rahimah dan Noriah.



Ni riadah a.k.a punishment dari Shamimi dan Haiqal.


One of the punishment. Actually not punishment, we learned something new handling an organization.


Another tarbiyyah jasmaniah..


LDK Pidato.



Malam Muhasabah oleh Akh Sufi.



Slot Psycho War. Panglima bersembunyi..





Barang amanah, selepas pencil lead 0.3 patah, mereka akan dapat satu brg amanah yang akan diberi oleh Biro Disiplin.

Sekian. Wallauhalam.

Saturday 6 August 2011

Muqaddimah Ramadhan


Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah segala puji-pujian hanya untuk Allah yang menciptakan makhluk dan Dialah Pemilik Agung kepada makhlukNya. Syukur dengan segala nikmat yang diberi termasuk nikmat menyambut bulan Ramadhan Mubarak.

Umat Islam perlu menunjukkan sifat syukur yang tak terhingga kepada nikmat terbesar ini iaitu berpuasa di bulan yang mulia lagi diberkati, Ramadhan Al-Mubarak. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183:

“Wahai orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang terdahulu sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183)

“Bulan Ramadhan adalah bulan yang didalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan batil)” (Al-Baqarah :185)

Sesungguhnya, puasa dibulan Ramadhan merupakan satu tuntutan dalam Rukun Islam. Puasa dari zahirnya melaparkan manusia, namun disebalik zahir itu, nafsu manusia akan terkawal. Nafsu merupakan salah satu musuh bagi umat Islam selepas syaitan. Di bulan Ramadhan lah, kita dapat menjaga, mengawal dan mentarbiyyah nafsu kearah kebaikan. Nafsu akan menjadi-jadi bila kita mengisi perut kita dengan makan berlebihan. Apabila berpuasa, nafsu dapat dikawal, ibadat akan menjadi lebih baik dan bertambah.

Istimewa bulan ini, sirah-sirah Rasulullah menunjukkan betapa hebatnya puasa hingga dapat memberi kemenangan dalam beberapa peristiwa penting dalam Islam. Perang Badar, Fathul Makkah, Perang Ain Jalut, Pembukaan Andalus dan banyak lagi. Sama-sama kita mengambil pengajaran dari umat Islam terdahulu yang kuat apabila berpuasa. Umat Islam sekarang memperbanyakkan tidur dan berasa malas untuk membuat ibadat. Jauh bezanya dengan umat Islam di zaman dahulu. Kejayaan yang mereka kecapi adalah hasil dari taqwa yang tinggi dan semangat jihad dibulan Ramadhan.

Ramadhan juga memberi seribu nikmat kepada umat Muhammad S.A.W dengan pengurniaan Lailatul Qadr, turunnya Al-Quran, rahmat, maghfirah dan pembebasan dari api neraka. Subhanallah dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita. Cintanya Allah kepada umat Muhammad lebih dari umat lain kerana Nabi Muhammad S.A.W adalah kekasih Allah.

Ibadat sunnah seperti solat Terawih, solat Tasbih, tadarus Quran, sedekah dan zikir perlu istiqamah dibulan ini dan berterusan selepas Ramadhan. Madrasah Ramadhan salah satu institusi pemntarbiyyahan rohani kita disamping sebagai medan muhasabah dan mujahadah pada diri kita. Sentiasa melatih dan mendidik diri kearah pembentukan sahsiah diri. Istiqamah dalam ibadat, tingkatkan ilmu agama dan jalankan dakwah dibulan Ramadhan ini, InsyaAllah, ganjaran besar akan diberikan dengan usaha yang ikhlas.

Wallahualam.

MUHAMAD HAIQAL BIN SAFIE

Pengerusi HADAF.