aHLAn wasAHLAn


Monday, 20 June 2011

Pengenalan Himpunan Anak Didik Al-Falah (HADAF).

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, atas kurniaanNya kita bersama dalam menggerakkan HADAF ini.

InsyaAllah, saya selaku Pengerusi akan memperkenalkan HADAF secara UMUM utk semua ahli mengenali dengan lebih dekat.

[1]. Matlamat penubuhan HADAF sangat memainkan peranan dalam menggerakkan nya. HADAF ditubuhkan atas inisiatif bekas pelajar Al-Falah SPM 05 dibawah pimpinan Saudara Sufi dan rakan2nya. Semasa saya memegang HADAF tahun lepas, kami cuba mengetengahkan beberapa matlamat. Pertama, menjadikan HADAF sebagai entiti yang berdaftar, memperkenalkan HADAF kpd umum sebagai satu badan yang melakukan dakwah selari dengan kebajikan, memperkukuhkan institusi Al-Falah sebagai satu sek agama di kemaman dengan sumbangan HADAF dan menolong memperkasakan akademik, kemahiran, motivasi, sahsiah dan pengetahuan agama di kalangan adik2 pelajar. Fokus HADAF bukan sekadar kepada SEKOLAH juga untuk MASYARAKAT.

[2]. Tema HADAF yang kami ketengahkan ialah “PRODUCING PROFESSIONAL BROTHERHOODS”. Menggabungkan konsep professional dalam ukhuwah Islam tanpa mengabaikan satu pun nilai n ilmu Islam. Itulah apa yang dimaksudkan tema ini. Hubungan baik antara HADAF dan pelajar Al-Falah merupakan satu ikatan persaudaraan. Sebab itu, kami berusaha memotivasikan adik2 untuk Berjaya bukan sekadar diperingkat sekolah bahkan diperingkat university.

[3]. HADAF sangat sinonim bagi seluruh warga Al-Falah, InsyaAllah. Justeru, konsep dakwah dan kebajikan adalah merupakan tanggungjawab kita sebagai salah seorang pelajar sekolah agama di kemaman. Seorang muslim perlu bertindak untuk membantu saudara yang masih leka dalam hidup yang penuh dengan dugaan. Jadi menjadi inisiatif bagi kami untuk menjalankan dakwah kerana kita memahami tanggungjawab seorang pelajar sekolah agama bukan hanya terhad kepada sekolah bahkan seluruh masyarakat bergantung pada kita. Kebajikan yang diketengahkan bukan lah untuk mentafsirkan bahawa HADAF sebagai satu entity politik, tetapi kita menggunakan medium kebajikan untuk menarik masyarakat kearah Islam seperti dilakukan oleh Rasulullah.

[4]. Akhirnya, pimpinan HADAF mengharapkan sokongan dari semua ahli utnuk sama2 kita membangunkan ciri2 pelajar Islam. Latih diri kita dalam menyertai persatuan. Dalam persatuan berbagai pengalaman kita perolehi. Wallahualam.
PENGERUSI HADAF

No comments: