aHLAn wasAHLAn


Sunday, 19 June 2011

surat permohonan aktiviti mural & gotong-royong

Himpunan Anak Didik Al-Falah,
24000 Kemaman,
Terengganu Darul Iman.
Pengetua,
Sekolah Menengah Agama Al-Falah,
24000 Kemaman,
Terengganu Darul Iman.                                                                              19 JUN 2011
Tuan,
Permohonan Mengadakan Gotong-royong dan Mural.
Merujuk kepada perkara di atas, saya, Mohd Haiqal bin Safie, pengerusi Himpunan Anak Didik Al-Falah ( HADAF ) ingin meminta kebenaran daripada pihak tuan untuk mengadakan gotong-royong dan mural di Sekolah Menengah Agama Al-Falah (SMAAFK).
2.         Untuk makluman pihak tuan, program ini bertujuan untuk merapatkan ukhwah di antara bekas pelajar Al-Falah dengan pelajar sekolah al-Falah. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membantu pihak tuan menghias kawasan sekolah serta memperkenalkan HADAF kepada pihak sekolah dan para pelajar.
3.         Program ini akan disertai oleh beberapa orang ahli HADAF dan pelajar-pelajar asrama sekolah. Tarikh, masa dan tempat adalah seperti berikut :
            Tarikh : 25 Jun 2011 (Sabtu)
            Masa : 8.30 hingga 10.30 pagi
            Tempat : disekitar kawasan SMAAFK
4.         Oleh itu, saya berharap pihak tuan dapat meluluskan permohonan ini. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
sekian.

Yang Benar,

(MOHD HAIQAL BIN SAFIE)
Pengerusi,
Himpunan Anak Didik Al-Falah (HADAF).

1 comment:

shawarma s said...

salam.Mohon copy contoh surat diatas untuk duguna sebagai template ye.Jazakallah