aHLAn wasAHLAn


Monday 27 February 2012

Perosak Dunia..!!!


Ini video Doa seorang Imam Masjidil Haram sebelum beliau ditangkap rejim Arab Saudi...


Saat pagi ku buka mata, kelihatan engkau rakus membunuh dan di bunuh. Telinga kedengaran bising tembakan dan tangisan. Hidung terlalu busuk menghidu hanyir darah. Lantas itu mahu sahaja aku butakan mata,pekakkan telinga dan hilangkan segala deria. Apa sudah terjadi pada dunia?

syria
Aku terdiam lantas berfikir siapa engkau dan siapa mereka. Mengapa engkau di bunuh oleh mereka dan mengapa engkau membunuh mereka. Aku melihat engkau dan mereka serupa. Punya mata, telinga, jantina juga punya diri yang sempurna. Engkau dan mereka bukan beza antara binatang dan manusia. Bukan binatang yang perlu dikorban utk mendapat pahala. Bukan juga tumbuhan yang enak di mamah utk segagah tenaga. Itu manusia! buka mata engkau dan lihat mereka. Lihat mata mereka saat hujung pedangmu sampai ke lehernya. Lihat air mata yang tersisa di pipinya. Dengarkan rayuanya.
Apa engkau sudah bukan manusia yang lengkap di jadi tuhan dengan belas dan kasih?
Apa engkau bukan manusia yang tidak mampu lagi menzahirkan simpati?
Engkau ini siapa akhirnya sebenarnya nanti?

Kini aku sedar yang engkau bukan lagi manusia.Ya, benar jasad dan fizikal kita sama, tapi naluri engkau bukan lagi bermakna. Engkau bukan bernaluri haiwan, mereka salah mengatakan demikian. Haiwan itu lebih mulia dari engkau. Engkau adalah syaitan jadian. Dirimu penuh dendam dan hatimu hitam. Akal fikiranmu tiada dan engkau sehina makhluk dunia. Tidak, aku tidak bersama engkau. Sudah habis bicara dan kata menasihatimu. Engkau hanya layak di hina dan dilaknat olehnya. Setiap titisan darah yang terhasil dari pedangmu wajib di sucikan hanya dengan darah engkau sahaja. Mereka tidak bersalah dan aku bersamanya.
Malam ini aku tidur. Sebelumnya akan ku angkat tangan memohon kepada yang Esa. Tanganku lembut memang tak pernah bersenjata apatah lagi meratah manusia. Tapi kali ini, tangan yang biasa ini akan lama menadah meminta supaya engkau terhina dan di lenyapkan dari dunia. Sudah ramai menjadi mangsa sejak keberadaan engkau di sini. Biar engkau lenyap dan menerima padah di alam sana. Aku menadah juga meminta agar segenap kekuatan engkau musnah, Biar tuhan bersama bagi yang teraniaya. Aku bukan bersama engkau tapi demi mereka rakyat Syria!

Kepada mereka yang teraniaya, aku faham dan mengerti keadaanmu saudara. Engkau insan terpilih tuhan untuk mati mulia. Bergembiralah saat senjata musuh didadamu, gembiralah saat pedang musuh di lehermu, gembiralah saat jasadmu dipisah dari nyawa kerana ia akan bertemu tuhan maha pencipta. Apa lagi yang lebih gembira selain meninggalkan dunia caca merba dengan penuh bahgia dan mulia. Apa lagi yang lebih sempurna selain syahid mulia.Engkau benar-benar peroleh mulia dan kasih dari tuhan kita. Moga syurga dan bidadari menantimu di sana. kasihku pada engkau tak pernah padam duhai saudara. Doaku tidak putus bagimu di sana. Sejahteralah saudaraku di Syria .

Tip Kasih Sayang Menurut Islam..

alt
Daripada Anas b. Malik, daripada Nabi S.A.W telah bersabda: 
"Seseorang kamu tidak beriman masih tidak sempurna Iman sehingga Allah dan Rasul-NYA lebih disayanginya dicintainya daripada apa yang selain kedua-dua Allah dan Rasul-NYA...)"
Rasa cinta pasti hadir dalam diri manusia.  Rasa cinta menjadi isyarat mengeratkan hubungan dalam kehidupan sama ada dengan Allah, Rasul dan kalanga manusia. 
Rasulullah memberi pesanan dan panduan kepada umatnya yang bercinta. Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik RA, pelayan baginda Rasulullah SAW berkata:
"Tidak beriman seseorang di antara kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya sendiri.  (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hargailah rasa cinta hadiah daripada illahi. Islam juga memberikan tip kasih sayang yang dapat diamalkan umatnya dalam melahirkan rasa cinta:
01.Cintai Allah dan Rasulullah melebihi makhluk
02.Cintailah makluk dengan penuh persediaan dan matlamat
03.Perasaan cinta perlu selari dengan kehendak Islam dan tidak melanggar batas agama
04.Jauhi cinta ke arah maksiat
05.Sentiasa mendoakan kebaikan dan kesejahteraan orang lain
06.Hadiri majlis ilmu
07.Berikan hadiah yang bermanfaat
08.Binalah Cinta yang hebat sudah pasti bahagia dunia dan akhirat

Pemuda VS Pemudi : Logikkah ?

Kehidupan
Logikkah?
Ramai menganggap lelaki bersalah jika berkawan mesra dengan seorang perempuan, tetapi bukan niat untuk dihalalkan (kahwin)?
Patutkah?
Seorang perempuan berkawan mesra, melayan seorang lelaki, tetapi sekadar teman biasa, dengan alasan selesa berkawan sedemikian?
Salahkah?
Apabila lelaki dilayan mesra itu, berasa tertarik, lalu meluahkan perasaan untuk mengubah perhubungan kawan yang penuh batasan menjadi teman yang pasti halal, lantas dikatakan tidak ikhlas dalam berkawan.
Setujukah?
Berkawan lelaki dan perempuan, BIASANYA akan ada atau bakal timbul satu perasaan lumrah, ke arah pernikahan.
Solusinya..
Matlamat tidak pernah menghalalkan cara.
Tutuplah jalan-jalan fitnah yang tidak pasti bila datang, kerana ketaqwaan.
Samada sekadar keperluan atau untuk pernikahan..
Jika perlu berhubung lelaki dan perempuan, pastikan sekadar keperluan,
Segala yg berlebihan, layanan mesra MESTILAH dijauhkan
Jika ada PERASAAN, ikhlaskan, ikut saluran yang betul.
Untuk kaum Adam,
Jika ada perasaan, pastikan mengikut saluran yang betul, berdasarkan pedoman Al-Quran dan Sunnah Nabi Junjungan SAW.
Jika ditolak samada penuh kehormatan atau tidak berbalas, anggaplah ianya 'ibrah (pengajaran) dan khibrah (pengalaman) kehidupan.

Untuk kaum Hawa,
Jika ada menerima luahan penuh keikhlasan yg telah mengikut saluran yg betul, cubalah balas keikhlasan dengan kejujuran, "berkatalah benar walau jawapannya penuh kepahitan".
Jika tiada kemampuan, gunalah kebijaksanaan untuk menyatakan juga jawapan (mungkin melalui saluran orang tengah), apa yang penting, jujur dan tenang dalam jawapan.
INGATLAH SABDA RASULULLAH SAW:
"Tidak beriman seseorang kamu (masih belum sempurna imannya), sehingga dia menyukai (sesuatu kebaikan terjadi) untuk saudaranya, sebagaimana dia menyukai (kebaikan itu terjadi) untuk dirinya sendiri".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kesimpulannya,
Jika kita suka kebaikan, kejujuran dan keikhlasan untuk diri kita, maka lakukanlah sedemikian rupa untuk saudara-saudara kita, kerana itulah tanda kesempurnaan Iman..
Semoga Allah membalas segala kebaikan mereka dan kita dengan dipermudahkan segala urusan, kerana sebagaimana Sabda Nabi SAW:
"Allah pasti menolong hambaNya, selagi mana dia menolong saudaranya"
(Hadis Riwayat Muslim)


Muhasabahlah demi satu perubahan, kerana perubahan ke arah kebaikan pasti membentuk kehidupan penuh kesejahteraan.
"Stereng" kehidupan ada di tangan kita untuk menentukan hala "tayar" ke arah destinasi kebaikan.
Mungkin ada yang mampu memberi FREE ADVICE, tetapi perubahan diri bukanlah AUTO-DRIVE.

Cintai Allah Sebelum Cintai Dia....


alt
Cinta adalah kekuatan,
Yang mampu mengubah duri jadi mawar,
Mengubah cuka jadi anggur,
Mengubah sedih jadi riang,
Mengubah amarah jadi ramah,
Mengubah musibah jadi muhibbah,
Itulah cinta..
Namun,
Cinta itu kan jadi kekuatan,
Jika disandarkan pada Allah,
Cinta itu kan jadi muhibbah,
Jika disalurkan pada jalan yang benar,
Cinta itu kan jadi riang,
Jika tak bertentang Buat para muslimah di luar sana,
Usah gusar jika belum berpunya,
Usah risau jika belum dipetik sesiapa,
Usah malu jika tiada lelaki yang bertakhta,
Yakinlah dengan qada\' qadar Allah,
Bila mana keluarnya kita dari rahim sang ibu,
Tercatat sudah di luh mahfuz,
Siapa jodoh kita,
Bila akhir hayat hidup kita,
Di mana nafas terakhir kita,
Yakinlah,
Allah lah sebaik2 pengatur hidup,
Berdoalah tiap kali lepas solat,
Wa la takilna ila anfusina torfata \'ain..
Ya Allah, jangan kau biarkan masa depan kami ditentukan oleh diri kami sendiri,
Walaupun cuma sekelip mata

"Serahkan hatimu pada Allah, pasti DIA temukan dengan pemilik terbaik"
Islam mengiktiraf cinta. Buktinya, dalam Al Quran sendiri, Allah ada berfirman dalam kalamNya, surah At Taubah ayat 24.  Dalam ayat ni, Allah gambarkan ada 3 peringkat cinta dalam Islam
1) CINTA AGUNG: Cintakan Allah, Rasulullah dan berjihad di jalanNya.
2) CINTA PERTENGAHAN: Cinta pada ibu bapa, anak-anak, suami isteri, saudara mara dan kaum kerabat.
3) CINTA RENDAH: cintakan kaum kerabat dan harta benda melebihi cinta pada Allah , Rasulullah dan cintakan jihad di jalanNYA.
Mana satukah pilihan cinta kita??? Cinta pertama atau kedua atau ketiga?? Seperti mana kata ustazah Fatimah Syarha, pengarang novel Tautan Hati, cinta kekasih pacaran (yang belum halal) itu adalah cinta keji, kerana apa? Allah langsung tidak mengiktiraf nya dalam Al Quran
Tapi, kalau yang memang dah ada taman dalam hati macam mana? "Mak ayah tak bagi kahwin lagi sebab tengah belajar. Tak kan haram jugak kot. Rasa suka ni tak boleh nak sekat!".. Hmm, sebenarnya begini..

"Cinta ini memang fitrah, tapi jangan kita jadikan ia fitnah.  Sebagai contoh, bila kita sedang berpuasa, kita disuruh agar tidak  mendekati makanan kerana boleh jadi ia membawa fitnah yang boleh membawa kita berbuka puasa. Maka begitu juga CINTA, rasa suka itu fitrah. Jadi, kita dilarang mendekati maksiat seperti zina hati, dating dan bergayut dengannya di telefon agar fitrah itu tidak menjadi fitnah. Sehari tak bercakap dengan si dia jadi gundah, tapi sehari tak bangun qiamullail, tak pulak rasa begitu. Kalau penyakit ini ada dalam hati kita, hati-hati. Jangan sampai cinta yang kononnya suci ini jatuh martabat menjadi cinta rendah, iaitu bila mana cinta manusia lebih daripada cinta Allah..
"kami tidak akan ucapkan perkataan 'CINTA' kepada mana-mana lelaki ajnabi kerana.. kami simpan perkataan itu untuk diucapkan kepada bakal suami selepas akad nikah" -blog kunfayakun
"Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." [Imam Nawawi]

Ini Bukan Urusan Aku...!!

girl
Senario A
Aku tak kisah apa nak jadi pada negara ni. Yang penting aku dan keluarga aku boleh hidup selesa. Aku tak nak menyusahkan orang lain dan tak nak menyebabkan orang lain susah disebabkan aku.
Senario B
Biar lah dengan apa yang berlaku di kampus ni. Yang penting biasiswa aku masuk 'on-time', aku siap semua assignment dan lulus semua peperiksaan yang melibatkan ijazah yang aku cita-citakan selama ini.
Senario C
Apa kau susah, mereka bukan anak kau. Biarkan sajalah kalau budak-budak ni nak ber'couple'atau berkawan sesama mereka. Lagi pun mereka dah besar. Kalau pun bunting nanti, pandai-pandailah mereka pergi ke mana-mana klinik untuk gugurkan kandungan atau cari tempat bersalin nanti.
Senario D
Isu Palestin biar orang Palestin selesaikan dengan Israel, isu Syria biar mereka orang Syria urus dengan pemerintah mereka sendiri, isu Pattani biar mereka bincang dengan kerajaan Thailand, kerajaan mereka sendiri. Kita tak perlu sibuk urusan orang lain sebab kita kena jaga anak bini kita dulu.
Sikap Peduli
Sikap peduli adalah sikap ambil tahu dan peka terhadap sesuatu yang berlaku serta memberi tindak-balas terhadap pelbagai hal yang berlaku di sekeliling kita. Rasa peduli, ambil berat atau'caring' adalah elemen yang sangat penting dalam kehidupan kerana ia mengajar kita untuk hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.
Mengambil peduli atau mengetahui masalah secara positif akan menggalakkan seseorang dan masyarakat menjadi prihatin terhadap keperluan ahli komuniti mereka dengan berusaha bantu membantu menyelesaikan atau mengurangkan bebanan mereka.
Rasa peduli ini tentunya dalam batas pengamatan yang mendalam dan keinsafan yang tinggi bahawa setiap kita memerlukan sokongan, bantuan dan perhatian apabila berada di dalam situasi tertentu. Sekiranya sebahagian daripada kita mengalami kesusahan, keperitan dan bencana, tentunya kita memerlukan bantuan atau pertolongan daripada orang lain.
Sekiranya rasa ambil peduli ini subur pada setiap masyarakat kita, ia akan memupuk rasa persaudaraan sesama Islam dan bersifat kemanusiaan sesama mausia tanpa mengira asal keturunan, agama dan bangsa.

Malangnya apa yang berlaku pada masyarakat kita hari ini adalah kerana masing-masing bersikap tidak ambil peduli dengan masalah dan isu-isu yang berlaku di persekitarannya. Contohnya ialah permasalahan kehamilan di kalangan remaja, peningkatan kes jenayah, kes murtad, kes dadah dan rogol yang semakin banyak, amalan rasuah yang subur membiak, kecelaruan identiti di kalangan anak bangsa dan seribu satu macam masalah yang lain.
Jika sikap tak kisah dan tidak ambil peduli terus diamalkan oleh masyarakat kita, bayangkanlah apa yang bakal berlaku terhadap institusi kekeluargaan, budaya kemasyarakatan, kehidupan bernegara dan masa depan umat secara keseluruhannya.
Sikap ambil peduli adalah sikap yang sangat penting untuk disuburkan dan diamalkan di setiap lapisan masyarakat. Seseorang yang sudah dibiasakan dengan sikap ambil peduli atau 'caring' akan mencetuskan pembinaan masyarakat yang berkasih-sayang dan tolong menolong ke arah kebaikan bersama. Ingatlah pesanan Allah swt seperti firmanNya yang bermaksud,
"Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan". Surah al-Maidah ayat 2
Inilah yang menjadikan indahnya kehidupan dan semua ini hanya akan berlaku jika ada sikap saling ambil peduli dan prihatin di kalangan kita. Dalam Islam, perkara-perkara ini memang ditekankan kerana Islam itu sendiri adalah ajaran kemasyarakatan. Islam menekankan perlunya sikap ambil peduli bermula dari sesama ahli keluarga, kaum kerabat, semangat kejiranan dan hidup bermasyarakat, kehidupan bernegara sehinggalah kepada kepedulian umat sejagat.

Ingatlah bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama islam yang luhur ini sebagaimana sabdaan Rasulullah saw yang bermaksud,
"Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya"
Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud,
"Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada manusia lainnya."(Hadith riwayat Bukhari)
Jom kita peduli akan ummah kita...
(^_^)...

“Cuba Pak Cik Telefon Allah! Saya di Neraka ke Berapa..?”


alt
Hari ini kadang-kadang kita rasa terpinggir untuk menjadi prihatin. Semua tahu bahawa mencegah mungkar itu wajib. Namun tak ramai yang berani dan bersedia untuk mencegah mungkar.
Lebih dahsyat benda mungkar dianggap normal, manakala orang yang mencegahnya dianggap ganjil. Mungkar menjadi normal dan biasa kerana ia bukan sahaja berlaku secara berleluasa, bahkan dipromosikan dengan begitu hebat oleh media yang tidak bertanggungjawab. Lantas, manusia prihatin yang mahu mencegah mungkar terpaksa bermujahadah untuk membuka suara bagi mencegah mungkar.
Saya kemukakan satu kisah benar yang mampu membuka minda insan yang prihatin. Kisah yang disampaikan dalam satu kuliah subuh. Kisah tentang seorang pakcik tua naik LRT pergi ke KLCC. Dalam perjalanan dia melihat sepasang remaja yang di paras umur 17-20-an.

Tanpa segan silu remaja tersebut telah melakukan adegan yang tidak sopan bercumbu di khalayak ramai dan di depan pakcik itu. Berkali-kali walaupun di hadapan semua orang walaupun puluhan mata sedang menyaksikannya menandakan isyarat tak suka. Lalu dengan hati yang ingin mendidik pakcik telah menegur dengan berkata :
"Anak! Jangan buat begini. Tak baik. Kita orang Islam."
Tapi malang sekali sepantas kilat pasangan lelaki menjawab:
"Pakcik pergi telefon Allah dan tanya saya dok neraka nombor berapa."
Begitu angkuh dan biadap sekali jawapan itu sehingga pakcik yang berniat baik itu terkedu.
Inilah realiti anak-anak generasi harapan bangsa. Mereka hilang pedoman dan menganggap Islam itu hanyalah anutan semata-mata. Ingatlah perkara ini perlu diambil tindakan dalam memastikan generasi yang tidak mengenali diri dan Tuhan perlu disuburkan dengan iman dan taqwa yang hakiki.
Mereka perlukan para daie yang berani menegur dan menasihati...