aHLAn wasAHLAn


Sunday 19 June 2011

surat sumbangan untuk aktiviti mural

Himpunan Anak Didik Al-Falah,
24000 Kemaman,
Terengganu Darul Iman.
Pengetua,
Sekolah Menengah Agama Al-Falah,
24000 Kemaman,
Terengganu Darul Iman.                                                                              19 JUN 2011
Tuan,
Permohonan Sumbangan Cat dan Peralatan untuk Aktiviti Mural.
Merujuk kepada perkara di atas, saya, Mohd Haiqal bin Safie, pengerusi Himpunan Anak Didik Al-Falah ( HADAF ) ingin meminta sedikit sumbangan daripada pihak tuan bagi melancarkan aktiviti mural yang akan dijalankan di Sekolah Menengah Agama Al-Falah (SMAAFK).
2.         Untuk makluman pihak tuan, kami memerlukan sumbangan daripada pihak sekolah bagi membeli cat dan peralatan yang akan digunakan untuk aktiviti tersebut. Jumlah wang sumbangan yang diperlukan ialah sebanyak RM100.00 sahaja.  
3.         Program ini akan disertai oleh beberapa orang ahli HADAF dan pelajar-pelajar asrama sekolah. Tarikh, masa dan tempat adalah seperti berikut :
            Tarikh : 25 Jun 2011 (Sabtu)
            Masa : 8.30 hingga 10.30 pagi
            Tempat : disekitar kawasan SMAAFK
4.         Oleh itu, saya berharap pihak tuan dapat meluluskan permohonan ini. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
sekian.

Yang Benar,

(MOHD HAIQAL BIN SAFIE)
Pengerusi,
Himpunan Anak Didik Al-Falah (HADAF).

No comments: