aHLAn wasAHLAn


Tuesday, 24 January 2012

KERTAS KERJA



KERTAS KERJA DASAR
HIMPUNAN ANAK DIDIK AL-FALAH
(HADAF)
SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-FALAH
24000 KEMAMAN
TERENGGANU




Dengan Nama Allah Yang Maha Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Firman Allah : “ Dan katakanlah (wahai Muhammad) , bekerjalah kamu ( akan segala yang diperintahkan ) maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahi perkara-perkara yang ghaib dan nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”
 ( At-Taubah : 105 )

1.0 PENGENALAN
Bismillahirahmanirahim, alhamdulillah wanastaghfirullah, kami memulakan kertas kerja dasar ini dengan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT dan selawat serta salam kepada Rasulullah SAW kekasihNya, juga pemandu kita ke jalan yang lurus.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar walillahilhamd. Segala puji dan kekuatan hanya untuk Allah. Dengan berat hati kami menerima tanggungjawab sebagai pemimpin dalam sebuah organisasi yang mempunyai ahli yang ramai. Selaku pemimpin, kami merupakan bakal-bakal yang akan di soal dihadapan Allah mengenai kepimpinan kami. Rasulullah SAW bersabda “Setiap dari kamu adalah pemimpin dan kamu akan bertanggungjawab terhadap kepimpinan kamu”. Juga “Allah melaknat orang yang meminta-minta menjadi pemimpin”. Semoga kami dapat beristighfar dengan jawatan yang kami pegang ini kerana jawatan ini membawa amanat dan tanggungjawab yang besar kepada kami.
Pada bulan Jun 2010, alumni Sekolah Menengah Agama Al-Falah Kemaman iaitu Himpunan Anak Didik Al-Falah (singkatan HADAF), telah menurunkan amanat kepada pimpinan yang baru. Beberapa individu telah ditaklifkan memegang tampuk pimpinan dalam usaha menjadikan alumni ini sebuah organisasi yang bermanfaat kepada semua. Kami selaku pimpinan baru merasa terbeban dengan tugas yang berat ini kerana kami juga perlu memberi komitmen di kampus masing-masing. Walaubagaimanapun, demi sekolah yang telah mendidik kami dan sahabat-sahabat, kami sanggup mengerahkan sedikit keringat untuk membantu pihak sekolah dan adik-adik pelajar sekolah. InsyaAllah.
HADAF telah ditubuhkan 3 tahun yang lepas yang diketuai oleh Saudara Mohd Nur Al-Sufi bin Romele dan rakan-rakan seperjuangan beliau. Melalui idea mereka, maka tertubuhlah satu organisasi yang pertama kali menjadi penolong kepada sekolah. Bertunjangkan visi, misi dan objektif HADAF, mereka menggerakkan HADAF untuk memastikan pelajar-pelajar dapat memotivasikan diri melalui beberapa program yang diadakan. Setelah itu, diturunkan amanah ini kepada pimpinan baru yang diketuai Saudara Muhamad Haiqal bin Safie. Dengan idea semua pimpinan baru, mereka berjaya mengadakan program motivasi santai kepada para pelajar tingkatan 4. Ini merupakan aktiviti pertama dalam takwim HADAF 2010.

Pimpinan yang baru telah menekankan beberapa faktor yang diperbaharui caranya serta kaedah pengurusan yang berbeza daripada pimpinan sebelum ini. Beberapa strategi diatur oleh Majlis Tertinggi (MT) HADAF untuk memastikan semua gerak kerja ahli dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan sistematik. Ia juga bagi memudahkan lagi sistem pengurusan serta memastikan pimpinan dan ahli dapat berkomunikasi dengan baik.
Beberapa pemimpin Islam terdahulu telah berjaya mengurus pemerintahannya dengan baik dan menghadapi segala risiko dengan cara yang berhemah. Pemimpin agung kita sendiri, Nabi Muhammad SAW, merupakan ikon terbaik dimana baginda mempunyai ciri-ciri pemimpin yang sempurna. Baginda seorang pemimpin yang tidak mementingkan duniawi bahkan zuhud dalam setiap keperluan hidup baginda. Baginda langsung tidak menerima apa-apa tawaran yang dikemukan oleh kaum musyrikin supaya baginda meninggalkan dakwah baginda. Begitu juga beberapa pemimpin khulafa rasyidin dan zaman selepas itu, sentiasa mengamalkan sunnah Rasulullah dan berjaya memperluaskan Islam juga menyebarkan dakwah.
Menjadikan pemimpin terdahulu sebagai contoh tauladan, pimpinan baru HADAF ingin mengamalkan sunnah dan metod yang digunakan oleh Rasulullah SAW dan pemimpin selepas baginda dalam menguruskan HADAF. Kami suka untuk menceritakan kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh. Baginda merupakan penakluk Konstantinople setelah beberapa pemimpin Islam terdahulu gagal. Baginda berumur 21 tahun dan masih muda untuk menjadi penakluk. Baginda menggunakan beberapa cara untuk membuka Kota Konstantinople. Baginda juga lah yang disebut oleh Rasulullah SAW sebagai sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera. Begitu juga pemimpin-pemimpin Islam yang lain mencapai kejayaan dengan bersikap cintakan Allah melebihi dunia. Tariq bin Ziyad, Salahuddin Al-Ayyubi, Sultan Qutuz, Nuruddin Al-Zanki dan ramai lagi. Oleh itu, kami selaku ahli Majlis Tertinggi HADAF sentiasa muhasabah diri kami agar sentiasa istiqamah dalam mentadbir satu organisasi yang mempunyai pengikut yang ramai.
Seterusnya, kami memohon pertolongan dari Allah SWT terutamanya supaya pengurusan kami dalam alumni ini berjalan dengan lancar  dan sentiasa berada dalam rahmat Nya. Sesungguhnya Allah lah sebaik-baik penolong. Wallahualam.

2.0 VISI
Menjadikan HADAF sebagai satu pusat pertemuan anak didik Al-Falah dengan melahirkan ahli-ahli yang profesional dan berfikrah islam yang bertunjangkan Amar Makruf Nahi Mungkar

3.0 MISI
-          Memfleksibelkan pendekatan dakwah melalui pelbagai program dan melahirkan ciri-ciri akhlak yang mulia
-          Membina hubungan yang baik antara HADAF dan pihak sekolah dengan mengambil tahu hal-hal yang berkaitan dengan sekolah
-          Memaksimumkan penggunaan medium informasi dengan berkongsi info-info terkini dengan warga Al-Falah
-          Menjana kewangan untuk kelancaran pergerakan HADAF
-          Merapatkan ukhuwah dan menjaga kebajikan ahli melalui program-program yang bermanfaat


4.0 MATLAMAT
Amar Makruf Nahi Mungkar


5.0 TEMPOH
Januari 2011- Disember 2012


6.0 TEMA
“Producing Professional Brotherhood”


7.0 AHLI JAWATANKUASA
RUJUK LAMPIRAN A


8.0 BIDANG TUGAS PIMPINAN DAN UNIT
RUJUK LAMPIRAN B


9.0 STRATEGI DAN PLAN TINDAKAN
RUJUK LAMPIRAN C


10.0 PENUTUP
Semoga amal Islami yang dilakukan mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah S.W.T dalam usaha meninggikan kalimah – Nya.


LAMPIRAN A


CARTA ORGANISASI HADAF 2012
PENASIHAT:


PENGERUSI:
MUHAMAD HAIQAL BIN SAFIE         0193635248

TIMB PENGERUSI 1:
MOHAMAD HAFIZ BIN NASIRAN      0145155981

TIMB PENGERUSI 2:
NURAISYAH IZZATI BINTI CHE AZAM     0132004018

SETIAUSAHA 1:
NOOR FARIHAH BINTI ISMAIL      0133221618

SETIAUSAHA 2:
NUR IZZATI BINTI ISA          0133204707

BENDAHARI:
SITI NURFATEHAH BINTI HAJI OTHMAN     0148404500

BIRO KEROHANIAN:
MUHAMAD FAISAL BIN ABDUL RAHMAN ( KETUA )       0145096011
AINAMADIAH BINTI HARUN ( PENOLONG )         0145212559
AJK:  AISYAH ASSAFRA’ BINTI  ABDUL RAZAK       0148220772
AJK:  LUQMAN NUR HAQIM BIN ROSLAN        0145225546
AJK:  MOHD KHAIRUL ANIZAN BIN IBRAHIM       0145179251
AJK: NORIAH BINTI OTHMAN        0148047323
AJK: WAN ARIF BIN WAN AHMAD
AJK: FATNA AFIQAH BINTI IBRAHIM
AJK: ATIQAH BINTI AZMI

BIRO HAL EHWAL SEKOLAH:
MOHD HARITH HAKIMI BIN AMRAN (KETUA)      0145180870
SITI RAWIAH RASYIQAH BINTI ABDUL RAZAK       0148350727
AJK: AISYAH AQILAH
AJK: NUR FADIANA

BIRO MULTIMEDIA DAN PUBLISITI:
ABDUL RAUF BIN MUSA (KETUA)      0139664076                                         
NOOR SAADAH BINTI ISMAIL ( PENOLONG )      0139377620
AJK: MOHAMAD SYAZWAN BIN MOHD ZAKI      0145497701
AJK: FATIN MARDHIYYAH BINTI 

BIRO CAKNA DAN UKHUWAH:
 MOHD ASRAN BIN JUSOH ( KETUA )      0194723249                               
 IZZATI SYAZWANI ( PENOLONG )       0199022515
AJK: 

BIRO EKONOMI:
AHMAD YUSOF BIN MOHAMAD (KETUA)       0134646471
PUTERI NUR AFIQAH BINTI MOHD NOOR (PENOLONG)       0145005918
AJK: SITI NUR HIDAYAH BINTI ZAMRUN          0145329197
AJK: SITI KHADIJAH BINTI ZOLL                0145078499
AJK: SAFIYAH BINTI ALI                                0145167465
AJK: NORMAIZATUL AKMA BINTI MAMAT       0148108494



SEKRETARIAT MAHASISWA


SEKRETARIAT PELAJAR


SEKRETARIAT SENIOR



LAMPIRAN B




BIDANG TUGAS PIMPINAN DAN UNIT


Majlis Tertinggi HADAF
1) PENGERUSI DAN TIMBALAN PENGERUSI
       I.            - Memandu visi, misi dan objektif HADAF.
    II.            - Menggerakkan ahli HADAF untuk menjayakan visi HADAF.
 III.             - Memikirkan metod terbaik untuk menggerakkan HADAF.
 IV.            - Mengatur strategi perjalanan HADAF.
    V.           - Mempengerusikan setiap perbincangan.
 VI.            - Menjadi rujukan kepada semua unit dan ahli mengenai perjalanan HADAF.
VII.           - Pemutus sesebuah keputusan.


2) SETIAUSAHA
       I.              - Mengurus pergerakan HADAF bersama Pengerusi.
    II.              - Menyediakan dokumentasi setiap aktiviti HADAF.
 III.               - Menyediakan minit mesyuarat HADAF.
 IV.              - Mengumpul maklumat ahli.
    V.              - Merekod dan mengemaskini biodata ahli.
 VI.              - Membuat satu dokumen keseluruhan pergerakan HADAF termasuk laporan aktiviti dan lain-lain.


3) BENDAHARI
       I.               - Merekod kewangan HADAF.
    II.               - Membuat belanjawan tahunan HADAF.
 III.               - Pemegang akaun HADAF.
 IV.              - Mengumpul setiap dana dan yuran ahli.
    V.              - Merekod keluar masuk peruntukan HADAF.
 VI.              - Mengemaskini kewangan setiap kali aktiviti HADAF.
VII.            -  Memikirkan alternatif lain untuk menjana kewangan HADAF.


Bahagian Eksekutif
1) EKSEKUTIF KEROHANIAN
       I.            - Pelaksana program-program seperti Minggu Orientasi, Kem Kepimpinan dan School Buddies.
    II.            - Merangka perjalanan program bersesuaian dengan keadaan semasa.
 III.            - Dipantau oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi 2.


2) EKSEKUTIF EKONOMI
 - Melaksanakan dan mengurus aktiviti mengikut kesesuaian bagi menjana ekonomi HADAF.
 - Dipantau oleh Bendahari.


3) EKSEKUTIF MULTIMEDIA DAN PENERBITAN
       I.             - Menerbitkan bahan-bahan bagi mempromosikan HADAF serta aktiviti HADAF.
    II.             - Mengambil gambar dan video setiap aktiviti yang dijalankan sebagai rujukan HADAF.
 III.              - Mengurus blog HADAF serta laman HADAF di “facebook”.
 IV.             - Mencatat setiap aktiviti dan program HADAF di blog HADAF dan laman HADAF di “facebook”.
    V.             - Dipantau oleh Timbalan Pengerusi 1.


4) EKSEKUTIF CAKNA DAN UKHUWAH
       I.                - Menjalankan aktiviti bagi merapatkan ukhuwah ahli-ahli HADAF.
    II.                - Menjalankan aktiviti bagi merapatkan ukhuwah para pelajar Al-Falah.
 III.                - Menjalankan aktiviti bagi merapatkan ukhuwah antara para pelajar Al-Falah dan ahli-ahli HADAF.
 IV.                - Mengambil berat tentang ahli HADAF serta para pelajar sekolah Al-Falah.
    V.               - Mengatur cara bagi merapatkan ukhuwah antara guru-guru, para pelajar dan ahli HADAF.
 VI.                - Dipantau oleh Setiausaha 1.


5) EKSEKUTIF HAL EHWAL SEKOLAH
       I.             - Mengambil tahu setiap aktiviti yang dijalankan di sekolah Al-Falah.
    II.             - Memberi laporan isu-isu semasa sekolah Al-Falah untuk catatan HADAF.
 III.             - Membuat catatan tarikh-tarikh yang sesuai bagi HADAF untuk menjalankan aktiviti.
 IV.             - Menjadi orang tengah diantara HADAF dan pihak sekolah.
    V.             - Dilantik dari kalangan pengawas sekolah.
 VI.             - Dipantau oleh Setiausaha 2.


6) SEKRETARIAT SENIOR
       I.             - Mencari sumber bagi menjana ekonomi HADAF.
    II.             - Menyumbang tenaga serta memberi sumbangan berbentuk keperluan atau wang  kepada HADAF.
 III.             - Mencari maklumat serta mengumpul bekas pelajar Al-Falah tahun masing-masing untuk di rekodkan dalam data HADAF.
 IV.             - Memaklumkan kepada ahli HADAF tentang aktiviti serta program yang bakal dijalankan oleh HADAF.


7) SEKRETARIAT MAHASISWA
       I.             - Memberi pendedahan kepada pelajar Al-Falah tentang cara hidup dan cara belajar di kampus.
    II.             - Memberi pendedahan awal kepada pelajar Al-Falah tentang cabaran hidup di kampus.
 III.             - Memberi motivasi kepada pelajar Al-Falah bagi menarik minat mereka untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.


8) SEKRETARIAT PELAJAR
       I.             - Memberi maklumat terkini kepada HADAF tentang pelajar-pelajar Al-Falah.
    II.             - Mempromosikan serta memperkenalkan HADAF kepada para pelajar Al-Falah.
 III.             - Mengumpul data pelajar-pelajar Al-Falah.
 IV.             - Menyebarkan maklumat tentang program-program yang bakal dijalankan oleh HADAF.



LAMPIRAN C

BIL
PROGRAM
TARGET
TEMPOH
P.I.C
CATATAN
1
AL-FALAH TAARUF DAY (ATD)
TINGKATAN 1
JAN
MAC
MT HADAF
U. KEROHANIAN
U. HAL EHWAL SEKOLAH

2
KEM KEPIMPINAN
TINGKATAN 4 DAN 5 (YANG BERJAWATAN)
JUN
OGOS
MT HADAF
U. KEROHANIAN
U. HAL EHWAL SEKOLAH

3
SCHOOL BUDDIES
TINGKATAN 1
JAN
DIS
MT HADAF
U. KEROHANIAN

4
JAULAH RAYA
AHLI HADAF (mengikut soff)
RAYA
U. CAKNA DAN UKHUWAH


1 comment:

HADAF Al-Falah said...

assalammualaikum....yang mana terdapat ruangan kosong akan diisi kemudian...dalam proses naiktaraf...sekian...hehe
(^_^)...