Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.
Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.
Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!
Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??
Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.
Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?
(^_^)...
aHLAn wasAHLAn
Sunday, 29 January 2012
Saturday, 28 January 2012
Azab kepada pramugari yg tidak menutup aurat...!!
Ini adalah kisah benar tentang seorang pramugari yang koma semasa berada di tanah suci Mekah
Artikel dari Hj.Mazlan Hj.Nasron. Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.
Walaubagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya baru 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.
Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.
Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah.
Tiba di Madinah, semua orang turun daripada bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. Tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecah bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.
Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan.
“Kakak ni sakit,” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.
Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
“Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya, kita bawa dia ke hospital,” kata saya.
Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.
Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.
Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.
Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.
Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya bertanya kepada wanita tersebut;
“Kenapa kakak menangis?”
“Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat.”
“Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?” tanya saya masih terpinga-pinga.
Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya ;
“Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak tendang, kakak pukul-pukul saja,” katanya tersedu-sedan.
“Habis yang kakak pergi haji ini?”
“Yalah…kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi.”
“Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa koma?” tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan ;
“Mazlan…Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.
“Betul ke kak?” tanya saya, terkejut.
“Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung.Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah.”
“Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini, putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik”, tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya ;
“Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih, pedih yang amat sangat, tak boleh nak diceritakan.”
Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.
“Mazlan…kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar. Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. Tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar.”
“Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.
Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat daripada nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui, azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini.”
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.
“Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah, akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.”
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
“Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat, kakak taubat nasuha,” katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
“Kakak, yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa? Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke.” tegur saya.
“Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar.”
Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqada’kan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
“Tak boleh Mazlan. Kakak takut, kakak dah merasai pedihnya azab Tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul-betul bertaubat.”
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya ;
“Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa.”
“Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah…”
“Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam.”
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Walaubagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?
Tidak.
Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis.
Adakah ia bercanggah?
Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa…
“Oh… memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal…”
Itu semua sudah terlambat..
~Masuk jer FB, berlambak Tazkirah pasal aurat & couple..~
Satu petang, pukul 6.30 ptg. Kelihatan seorang makcik dengan anak lelakinya sedang bersantai makan buah mangga masam di tepi sawah.
Anak: Mak, serabut tau bila saya masuk facebook.
Makcik: Hah, kenapa lak?
Anak: Masuk je berlambak tazkirah pasal aurat. Berlambak tazkirah pasal couple haram. Yang pasal aurat tu saya tak kisah sgtlah. Mmg patut pun pompuan wajib tutup aurat. Yang saya tak puas hati, pasal kapel haram ni.
Makcik: Hah, kenapa lak?
Anak: Mak tau kan saya ada makwe. Tu yang buat sy bengang tu. Dorang kata, solusi utk yg dah couple ni adalah kena nikah cepat-cepat.
Makcik: Hah, dah tu?
Anak: Ingat senang ke nak nikah cepat-cepat? Mana nak cari duit lagi. Koman-koman duit nikah overall skrg mencecah RM15ribu. Mana saya nak cari dalam masa setahun dua. Dahlah saya pun tgh jobless ni tgh cari keje tak dapat-dapat. Ni semua salah persatuan mak bapak seMalaysia la yang terlalu mementingkan majlis nikah standard2 beribu2.
Makcik: Dah tu, usahalah sungguh-sungguh lagi cari keje. Keje apa-apa pun boleh. Dorang tak salah, mmg kalau nak kawin kena keluar duit beribu-ribu RM gak. Mana ada kahwin free.
Anak: Keje mmg banyak, tapi keje ngn kerajaan jugak yg stabil. Payah gile plak skang nak dapat keje kerajaan sebab majoriti pun berebut2 nak keje kerajaan.
Makcik: Memilih la plak hang ni. Keje je lah dulu cari tapak, cari pengalaman. Taknak keje, hang sambung je la belajar lagi. Awek tu hang pass je kat orang lain yang lebih memerlukan isteri.
Anak: Aduh, mana boleh mak. Sayang gile kot kat awek tu. Mana nak dapat lagi dalam dunia ni awek secantik tu. Tambah2 saya dahla muka tak hensem, dapat awek cun lak tu. Rugi-rugi. Dorang senangla cakap kat dalam artikel, "tinggalkan, putuskan.." tapi ni melibatkan hati dan perasaan mak. Sob2. Dorang tatau terbakar nanti taman dalam hati ni. Oh! tidak tidak tidak. Taknak clash2. Tanaaaak~~. I love her forever kot.~
Makcik: Dah tu, hang nak duk dalam keadaan lagu ni sampai bila? Sampai hang dapat keje?
Anak: Err...err..
Makcik: Hang yakin ke awek yang sorang tu lah betul2 jodoh hang? Hang yakin ke dia lah isteri hang nanti? Hang dah istikharah sblm kapel? Mak tak pernah dengar plak cerita org istikharah sblm kapel. (sambil kunyah mangga)
Anak: Mak ni sejak2 main facebook sure dah terpengaruh dengan page "Jom nikah, kapel tak best!" kat fb yang banyak artikel kapel haram ni. Ramai budak-budak remaja dipengaruhi page ntah ape2 tu. Eii..sakit plak hati ni ingat kat page tu. Boring kot tgk perkataan "kapel haram" berulang kali.
Makcik: Ehem ehem..kalau hang nak tau...
Anak: Ha, apa?
Makcik: Sebenarnya mak la admin or pengasas page tu..kikikiki..
Anak: Apeeeeeeeeeeee~~ ( kunyah mangga laju2 sekali ngn biji2 sekali)
Friday, 27 January 2012
Diantara respon2 tegas Wanita yang tidak menutup aurat dan yang memberi peringatan :-
Wanita yg tidak menutup aurat :
Respon 1 -
"Yang kau sibuk sangat tu kenapa ? Suami aku pun tak pernah halang aku nak pakai tudung ke tak nak pakai tudung ke."
Respon 2 -
"Bapak aku pun tak pernah cakap apa-apa , So kau jangan menyibuk lah dengan hal2 orang. Kau sendiri pun dulu tak pernah betul !"
Respon 3 -
"Kubur lain-lain , kau buat hal kau , aku buat hal aku"
Wanita yg memberi peringatan :
Respon 1- Suami kamu seorang yang lemah dan penakut kerana nak minta isterinya menutup aurat pun kamu tidak mampu bertegas. Ketahuilah bahawa, suami kamu itu DAYUS !
Respon 2 - Setiap langkah kamu keluar dari rumah , kamu menariknya ke arah Neraka ! Tidak kah kamu merasa kasihan dengan ayah mu?
Respon 3 - Didunia berani kamu membantah , apakah kamu berani membantah didepan ALLAH pd hari perhitungan nanti ?
Respon 1 -
"Yang kau sibuk sangat tu kenapa ? Suami aku pun tak pernah halang aku nak pakai tudung ke tak nak pakai tudung ke."
Respon 2 -
"Bapak aku pun tak pernah cakap apa-apa , So kau jangan menyibuk lah dengan hal2 orang. Kau sendiri pun dulu tak pernah betul !"
Respon 3 -
"Kubur lain-lain , kau buat hal kau , aku buat hal aku"
Wanita yg memberi peringatan :
Respon 1- Suami kamu seorang yang lemah dan penakut kerana nak minta isterinya menutup aurat pun kamu tidak mampu bertegas. Ketahuilah bahawa, suami kamu itu DAYUS !
Respon 2 - Setiap langkah kamu keluar dari rumah , kamu menariknya ke arah Neraka ! Tidak kah kamu merasa kasihan dengan ayah mu?
Respon 3 - Didunia berani kamu membantah , apakah kamu berani membantah didepan ALLAH pd hari perhitungan nanti ?
..................................................................................................................................................................
Saya merasakan perlu memberi ingat kepada saudara-saudari sekalian kepada satu bencana yang akan berlaku sebagaimana yang telah diberi amaran oleh Rasulullah s.a.w di dalam beberapa hadisnya dengan sabdanya yang bermaksud:
”Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” Daripada Aisyah r.a (Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)Huraian1.
Kita melihat di akhir-akhir ini kaum wanita menjadi fitnah dan bencana yang digunakan oleh mereka yang bertujuan untuk meruntuhkan akhlak umat Islam. Mereka menjadi sasaran apabila batang tubuh mereka dijadikan alat untuk mengiklankan barang-barang jualan walaupun barang-barang tersebut tidak ada kena mengena dengan kaum wanita.
Batang tubuh wanita dijadikan punca kepada maksiat apabila berlaku kelakuan mendedahkan aurat di kalangan mereka. Allah WST menentukan bahawaRasulullah saw mendidik keluarga dan isteri-isteri baginda terlebih dahulu sebelum memberi pendidikan kepada orang lain sebagaimana firman Allah di dalam al-Quranul Karim yang bermaksud:
“Wahai nabi, katakan kepada isteri-isterimu, jika kamu sekalian inginkan kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya Aku berikan kepada kamu, kemudian Aku ceriakan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan rasul-Nya (kebahagiaan) hari akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan kepada sesiapa yang berbuat baik di antara kamu pahala yang besar.”
(Surah Al-Ahzab: ayat 28-29)
Begitulah Allah SWT memerintahkan Rasulullah saw supaya mendidik isteri-isteri baginda supaya berpegang dengan agama dan mendidik keluarganya supaya mematuhi perintah Allah SWT. Kita melihat kedua ibu bapa pada hari ini kurang memberi perhatian kepada pantang larang agama terutamanya di dalam perkara menutup aurat di kalangan anak-anak perempuan mereka.
Beranggapan bahawa menutup aurat hanyalah satu adat dan budaya semata-mata dan bukannya ada kaitan dengan agama, tidak ada kaitan dengan dosa pahala dan hari akhirat. Rasulullah saw memberi tahu di dalam hadisnya Israk dan Mikraj bahawa baginda melihat ada perempuan yang digantung kepalanya di dalam neraka jahanam kerana mendedahkan aurat.
Ini menunjukkan bahawa perkara aurat bukannya perkara yang boleh dipandang ringan. Ada ibu bapa yang tidak mengambil kisah apabila anak-anak mereka mendedahkan aurat di khalayak ramai lalu berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini seperti zina, rogol dan sebagainya, maka pada masa itu barulah kedua ibu bapa merasa susah dan malu.
Puncanya ialah kerana mereka tidak mendidik anak-anak dengan didikan yang betul. Rasulullah saw pernah memberi tahu dalam hadisnya bahawa Allah SWT akan memasukkan kedua ibu bapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan kemudian mendidik mereka secara didikan agama. Sahabat bertanya:
“Kalau ada dua orang anak perempuan?”
Baginda menjawab:
“Ya, walaupun dua orang.”
Dapat difahami daripada hadis ini, iaitu kalau orang dapat menjaga anak-anak mereka dengan baik dan mengikut adab-adab Islam, akan dimasukkan ke dalam syurga, maka sebaliknya sesiapa yang tidak peduli terhadap pendidikan anak-anak akan menjadi sebab untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai orang-orang beriman, selamatkan diri kamu dan keluarga kamu daripada azab neraka.”
(Surah Al-Taharim: ayat 6).
Rasulullah saw mengajar kita cara mendidik anak sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
“Suruhlah anak-anak kamu sembahyang apabila berumur tujuh tahun. Pukul mereka apabila berumur sepuluh tahun jika tidak juga sembahyang serta pisahkan tempat tidur mereka.”
Bukan sahaja kita wajib memerintah dan memukul anak-anak apabila berumur sepuluh tahun kerana tidak sembahyang tetapi juga hendaklah dibuat perkara yang sama ke atas mereka apabila tidak melakukan suruhan-suruhan agama yang lain seperti menutup aurat, puasa dan lain-lain.
Ramai ibu bapa pada akhir-akhir ini menjaga anak-anak mereka seolah-olah hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti memelihara ayam, itik, lembu, kerbau dan kambing yang hanya bertujuan menggemukkan badan sahaja.
Percayalah apabila anak-anak itu diajar dengan akhlak yang baik, anak-anak itu akan memberi faedah kepada orang tuanya semasa hidup dan selepas mati, semasa sihat dan semasa sakit, di dunia dan di dalam kubur. Kita tidak mahu anak-anak yang menjadi beban dan celaka kalau tidak pandai mendidik mereka.
Walaupun sekadar tidak menutup aurat, anak-anak kita akan membawa celaka semasa hidup dan selepas mati. Marilah kita kembali kepada Allah dengan memberi perhatian kepada diri kita dan kepada anak isteri kita dengan jangan membiarkan mereka membuka aurat di khalayak ramai dan bergaul secara bebas yang kemudiannya akan membawa mala petaka kepada diri mereka, keluarga, masyarakat dan negara, seterusnya membawa bala di akhirat kelak kepada kita.
Jagalah aurat...!!
Tutuplah aurat kamu, sebelum aurat kamu ditutup oleh orang ramai semasa kamu dikafankan.......
Jom kita pakat tutup aurat masing2...!!hehe |
Yang manakah anda, wahai perempuan..?? Pilih yang terbaik buat diri kita.... |
Apa nie..??! Tak Main Arr Seluar Pendek nie..!! Tak Best Tau!! |
Walaupun kita aktif dalam bersukan, tetapi pemakaian kena jaga tau...!! |
Sayangilah diri, agama & umat Islam...janganlah kita tuntutan agama ditindas oleh budaya BARAT...!! |
Kata Cinta..??
Asas cinta pada saya
Manusia memang suka dengan cinta. Cinta ini pada mereka indah. Saya fikir, kalau orang tanya saya apa yang paling manis dalam dunia, mungkin tak salah kalau saya jawab ia adalah cinta. Untuk orang yang tengah bercinta la kan. Yang putus cinta, sah-sah cinta adalah benda paling pahit dalam dunia untuk dia. ^^
Jadi, apakah asas cinta?
Pada saya, cinta ini asasnya sayang. Saya tak tahu kalau dalam dunia ini, ada yang cinta asasnya benci.
“Saya cintakan dia, sebab tu saya benci kat dia sangat-sangat.”
Atau...
“Saya benci dia. Sebab itu saya sayang dia sangat-sangat.”
Mustahil la kan? Dengar sahaja pun sudah pelik. Kalau benci perangai tak apa lagi. Ini benci orangnya terus. Kemudian katanya cinta. Memang mustahil.
Jadi, cinta mesti lah sayang. Sebab itu, kita hargai orang yang kita cinta. Kita sanggup korban segalanya. Malah ada satu kata-kata:
“Seseorang itu, sanggup berubah demi apa yang dicintainya, mengenepikan kepentingan dirinya.”
Waaaahhh... cinta memang menakjubkan. Ya, kalau sayang, semua benda yang kita kurang sayang, akan kita ketepikan kepentingannya, boleh kita korbankan, boleh kita buang tepi, asalkan benda yang kita sayang, selamat. Bukankah demikian?
^^
Cinta orang hari ini
Sebahagian orang, menyatakan cinta itu murah. Malah, ada yang nampak cinta itu busuk. Ada segelintir orang, dia nampak cinta ni keji. Zaman ini, ramai orang begitu.
Bila Relasi dan Terasing(novel saya kedua dan ketiga) keluar di pasaran, ada orang komen pada saya:
“Saya lagi suka VT, sebab dalam VT tak ada cinta. Alangkah baiknya kalau awak boleh tulis lagi cerita macam VT, tak ada cinta lelaki perempuan. Itu lebih baik.”
Itu satu contoh. Hinggakan, kalau ada cinta dalam novel, novel itu dianggap pop, picisan, murah dan tidak kualiti. Kenapa sampai begitu sekali orang memandang cinta?
Saya melihat, antara sebabnya adalah, hari ini cinta telah dimurahkan semurah-murahnya. Kenapa boleh jadi murah?
Kerana kebanyakan orang hari ini tidak tahu apa itu cinta, tidak reti untuk bercinta. Dia bercinta dengan cinta yang salah, dengan cara yang juga salah, dengan kefahaman yang juga salah, menyebabkan cinta yang dikibar-kibarkannya automatik menjadi murah, keji, kotor dan menjijikkan. Tidak pula membawa kepada kebaikan, bahkan keburukan. Bukan sahaja di dunia, tetapi di akhirat sana.
Cinta hari ini dikatakan apabila kita keluar couple, apabila kita berdating, apabila kita naik motor bonceng sama-sama, bila kita pegang tangan sama-sama kita, bila kita minum satu gelas satu straw, kita makan satu pinggan satu sudu satu garfu, kita sanggup gadai dara dan teruna kita, kita sanggup beri apa sahaja. Kebanyakan orang ingat, itu cinta.
Akhirnya, cinta dikeji sebagai satu perkara nista dan busuk.
Kata cinta, kata sayang...
Tiada orang kata begini:
“Saya sayang awak, oleh kerana saya sayang awak, saya nak lempar awak dalam api.”
Sepatutnya, orang kata begini:
“Saya sayang awak, oleh kerana saya sayang awak, kalau awak masuk dalam api pun, saya sanggup selamatkan awak.”
Maka, orang yang bercinta tidak mengikut jalan yang syara’ benarkan, tidak mengikut apa yang telah Allah tetapkan, tidakkah sama dengan melontarkan pasangannya ke neraka? Allah larang berzina, Allah larang pergaulan bebas, tetapi kita ingkar pada Allah SWT atas nama cinta dan sayang.
Benarkah sayang? Pada saya, kalau benar sayang, kenapa melontarkan pasangan anda ke neraka? Kata sayang?
Saya pelik. Saya hairan. Kalau betul sayang dan cinta, sepatutnya kita sama-sama selamatkan pasangan kita dari api neraka, dari kehancuran. Tetapi kenapa kita pautkan dia ke dalam neraka bersama-sama kita?
“Nanti taubat la...”
Nanti tu bila? Kalau tak sempat? Janganlah berlagak sangat. Kita tidak pernah tahu kita mati bila. Tengah-tengah bonceng motor seronok-seronok, eksiden, baru tahu. Orang yang tak buat apa-apa pun boleh mati, lagi la orang bergerak hari-hari.
Kalau cinta, selamatkanlah diri anda dan pasangan anda dari kemurkaan dan keingkaran Allah SWT. Saya tidak nampak itu cinta, kalau kita melontarkan diri kita dan pasangan kita ke neraka. Sama la kita campak dia dalam gaung lepas kita kata: “I Luv You sayang”. Tak ada beza.
“Ala, kami buat semua benda tu, kahwin juga.”
Iya? Jadi bagaimana selepas itu anda hendak cuci semua dosa-dosa itu agar tidak pula diikuti anak-anak anda? Rakan-rakan anda? Anda akan menjadi paksi, dalil, untuk orang melaksanakan kejahatan yang sama. Anda mungkin berjaya kahwin, tetapi entah berapa ramai lagi di luar sana yang berzina, yang lahir anak luar nikah, yang bunuh diri, semuanya kerana cinta yang tidak kena atas landasannya. Dan bagaimana anak-anak anda?
“Bapak dengan Mak pun dulu couple.” Ambil sebjik.
Anda mungkin selamat berkahwin. Anak-anak anda yang nantinya bercouple juga?
Nah. Apa kebaikannya?
Sebaiknya, kita ubah mula dengan diri kita. Mengapa tunggu lagi?
Kata sayang. Kata cinta!
Penutup: Bercinta, sayang, mesti la sampai syurga
Saya la kan, kalau saya dengan perempuan yang saya cinta, saya suka untuk nak masuk syurga dengan dia. Nanti kami duduk depan mahligai kami di Syurga, di bawah pohonan rendang, dikelilingi haruman syurga, kemudian kami mengenang-ngenang cinta kami.
“Susah abang nak dekati sayang dulu.” Sambil saya ketawa, menceritakan betapa saya sabar menahan diri saya untuknya.
“Saya pun jual mahal lebih kat abang dulu.” Dan dia pun bercerita betapa dia pun usaha menjaga dirinya.
Kemudian kami akan masuk cerita fasal anak-anak, macam mana susahnya di dunia tarbiyah anak-anak penuh cabaran, macam mana susahnya nak hidup kekal dalam redha Allah, dan kami akan cerita tu semua, dikelilingi anak-anak kami di sana. Bahagia. Perit jerih itu semua akan terbayar.
Saya nak begitu. Apa sayang kalau campak pasangan dalam kemurkaan Allah?
Cinta, sebetulnya, cinta sampai syurga.
Itu baru namanya cinta, itu baru namanya sayang.
Maka, apakah usaha kita untuk cinta itu kekal sampai syurga?
Apa usaha kita?
Cinta. Nyalakan dengan kebenaran daripada Tuhan!
Pemuda Berjuanglah.....!!
Pemuda memegang peranan penting dalam hampir setiap perjuangan meraih cita-cita. Dalam sejarah dakwah Islam, pemuda memegang peranan yang sangat penting. Para Nabi dan Rasul diutus Allah untuk menyampaikan ajaran agama terpilih dari kalangan pemuda yang rata-rata berusia sekitar empat puluh tahun. Dalam al-Quran terdapat banyak kisah keberanian pemuda. Rasulullah SAW ketika diangkat menjadi Rasul berumur empat puluh tahun. Pengikut baginda yang merupakan generasi pertama, kebanyakan juga dari kalangan pemuda bahkan ada yang masih anak-anak. Mereka dibina oleh Rasulullah setiap hari di Daarul Arqam. Diantaranya adalah Ali bin Abi Thalib dan Zubair bin Awwam, yang paling muda ketika itu keduanya berumur 8 tahun, Thalhah bin Ubaidillah (11), al Arqam bin Abi al Arqam (12), Abdullah bin Mas’ud (14) yang kelak menjadi salah seorang ahli tafsir terkemuka, Saad bin Abi Waqqash (17) yang kelak menjadi panglima perang yang menundukkan Parsi, Jaafar bin Abi Thalib (18), Zaid bin Haritsah (20), Utsman bin Affan (20), Mush’ab bin Umair (24), Umar bin Khatab (26), Abu Ubaidah Ibnul Jarah (27), Bilal bin Rabbah (30), Abu Salamah (30), Abu Bakar Ash Shidiq (37), Hamzah bin Abdul Muthalib (42), Ubaidah bin al Harits, yang paling tua diantara semua sahabat yang berusia 50 tahun.
Adakah para pemuda mengetahui bahawa Islam tidak akan dapat memartabatkan panji-panji pada seseorang kemanusiaan, tidak dapat memanjangkan tempoh kekuasaan di bumi dan tidak dapat menyebarluaskan dakwah di seluruh alam kecuali di bawah peranan yang dimainkan oleh kekuatan generasi beriman ini yang terdiri daripada para pemuda yang diasuh dalam madrasah Nabi SAW dan lulusan dari “universiti” baginda yang amat lengkap.
Pemuda gagah berani yang hidupnya didedikasikan hanya untuk kejayaan Islam seperti inilah yang sanggup memikul beban dakwah dan bersedia berkorban serta menghadapi pelbagai ujian dengan penuh kesabaran. Mereka mendapatkan kebaikan, rahmat dan ampunan dari Allah. Mereka inilah yang disebut oleh Syed Qutb dengan gelaran Al Quran yang berjalan.
Malangnya Pemudaku
Malangnya generasi muda Islam hari ini dipalit dengan pelbagai masalah jiwa yang kronik sehingga melemparkan mereka dengan seribu satu penyakit sosial. Sebutlah apa jenis penyakit sosial yang sedang melanda di negara kita, dadah, zina, anak luar nikah, arak, ponteng kelas, rempit, hiburan, pil khayal, couple, disko, malas, kes pukul, buli, buang anak, pergaulan bebas, sek bebas dan macam-macam lagi, pasti hero dan heroinnya adalah pemuda pemudi Islam. Kehidupan mereka jauh dari Al Quran dan madrasah didikan Rasulullah SAW. Apakah kita boleh merasa tenteram tatkala melihat generasi “bangkai bernyawa” bertebaran memenuhi alam ini? Sedangkan Rasulullah SAW ada bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Ya’la:
“Allah SWT amat takjub melihat pemuda yang tidak melakukan perbuatan ganjil dan menyeleweng.”
Apakah masih ada hero Islam kalangan pemuda yang mahu tampil membarisi barisan para penyeru kebenaran seperti yang pernah di bina oleh Rasulullah SAW?
Sesungguhnya kejayaan Islam masa lalu muncul kerana dakwah Islam ditunjangi oleh para pemuda Islam yang memiliki sikap perjuangan yang gigih, sanggup menyisihkan waktunya siang dan malamnya demi perjuangan Islam, maka demikian juga dengan masa depan Islam. Sunnatullah tidak berubah. Siapa yang unggul maka dialah yang memimpin. Umat Islam di masa lalu terutama para pemudanya unggul kerana mereka memeluk Islam secara kaffah, lurus aqidahnya dan taat pada syariat. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
”Dan adalah janji dari Allah bahawa bumi ini akan diwariskan kepada hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh,” (QS, 24:55).
Persiapan Pemuda
Sesungguhnya fokus reformasi yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW ialah menyediakan para pemuda, membina peribadi kemanusiaannya untuk membentuk peribadi mereka berjiwa masyarakat. Pastinya, matlamat yang ada di sebalik ini ialah pembinaan dan penyediaan sehingga terjelma para pemuda dalam pembentukan yang sempurna dari sudut kerohanian, akhlak, akal pemikiran, jasmaniah, kejiwaan dan semua sudut penyempuraan peribadi. Pembentukan yang sempurna ini menjadikan para pemuda lebih mampu memikul amanah, lebih kuat menunaikan tanggungjawab, lebih teguh meneruskan segala dasar Islam, tidak merasa terhina, tidak lemah, tidak mundur ke belakang, tidak goyah bersama tiupan angin fitnah, tidak menyerah diri kepada tipudaya kerosakan, tidak terdedah kepada perasaan putus asa, tidak putus harapan, kakinya tidak tergelincir ke lembah perbuatan menyeleweng dan bersifat lemah.
Untuk membangkitkan umat, diperlukan pemuda-pemuda yang mahu bergerak secara ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk meraih kembali kejayaan Islam. Pemuda yang diperlukan adalah para pemuda Islam sekualiti para sahabat yang memiliki tauhid yang lurus, keberanian menegakkan kebenaran serta memiliki ketaatan pada Islam. Dengan dorongan gelombang pemuda seperti inilah maka perjuangan penegakan kembali aturan Allah di muka bumi ini akan berjalan dengan giat sehingga Islam kembali tertegak. Imam Hassan Al Banna pernah mengatakan:
”Sesungguhnya setiap umat yang ingin membina dan membangun dirinya, serta berjuang untuk mewujudkan cita-cita dan membela agamanya, haruslah memiliki kekuatan jiwa yang dahsyat yang terekspresikan dalam beberapa hal sebagai berikut; tekad membaja yang tidak pernah melemah, kesetiaan yang teguh dan tidak dicemari oleh pengkhianatan, pengorbanan yang tidak terhalangi oleh keserakahan dan kekikiran, pengetahuan dan keyakinan, serta penghormatan yang tinggi terhadap ideologi yang diperjuangkan. Semua itu akan menghindarkannya dari kesalahan, penyimpangan, tawar-menawar, atau tertipu oleh ideologi lain.”
Yakinlah pada diri kita bahawa kita mampu menjadi peribadi-peribadi muslim yang ampuh dan berpengaruh seperti Ali bin Abi Thalib, Imam Syafi’I, Imam Malik, Hasan Al Banna dan seumpamanya. InsyaAllah dengan izin Allah SWT, kita akan mampu menjadi seperti mereka asal kita mahu dan sedia melaksanakannya dengan usaha yang sungguh-sungguh. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
”Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar keadaan mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, Maka merekai Itulah orang-orang yang fasik.”(QS,24:55)
Miliki Potensi Besar
Sedarilah bahawa pemuda memiliki potensi yang sangat besar dalam melakukan proses perubahan. Pemuda memiliki potensi yang dinamik, proaktif, bersemangat, idealis dan memiliki keberanian serta menjadi inspirasi dengan gagasan dan idealismanya. Segala potensi ini perlu digarap dan dipersiapkan untuk Islam. Mujahid Fathi Yakan berkata, matlamat utama persiapan pemuda-pemuda Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya ‘Qawamah’ (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan tugas para pemuda Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahiliah ke tangan Islam. Dan juga pemikiran, perundangan dan akhlak jahiliah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam.
Umat Islam saat ini sedang menantikan siapa yang akan mengembalikan bangunannya kembali, mengeluarkan mereka dari kejahiliahan, dan menyelesaikan permasalahan umat. Bukan hanya ulama, umara, politikus atau usahawan yang mampu mengatasi permasalahan umat, tetapi pemuda juga memiliki peranan yang lebih penting. Dengan segala potensi yang dimilikinya, pemudalah yang diharapkan mampu menyelesaikan permasalahan umat.
Generasi muda adalah penentu perjalanan bangsa di masa hadapannya. generasi muda, mempunyai kelebihan dalam pemikiran yang ilmiah, selain semangat mudanya, sifat kritisnya, kematangan logikanya. Pemuda adalah motor penggerak utama perubahan. Pemuda diakui peranannya sebagai kekuatan pemusnah kebekuan dan kejumudan masyarakat. Pemuda adalah muara peradaban dalam setiap fasa sejarah.
Berjuanglah Wahai Pemuda!
Akhirnya, ketahuilah bahawa pemuda muslim harus selalu berjuang dengan bersungguh-sungguh mewujudkan cita-cita peradabannya. Kenyataan-kenyataan di atas adalah mimpi besar dan cita-cita agung yang sangat menuntut keseriusan dan kerja keras untuk mewujudkannya. Untuk mewujudkan cita-cita harapan umat, pemuda muslim harus berjuang dan beramal nyata, keluar dari medan kata-kata menuju medan amal, dari medan penentuan strategi dan konsep menuju medan penerapan dan realisasi. Telah sekian lama kita menghabiskan waktu dengan hanya sebagai tukang pidato dan ahli bicara, sementara zaman telah menuntut kita untuk segera mempersembahkan bahkan membumikan amal-amal nyata yang profesional dan produktif. Dunia kini tengah berlumba untuk membangun unsur-unsur kekuatan dan mematangkan persiapan, sementara kita masih berada di dunia kata-kata dari mimpi-mimpi,
“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” (QS,61:2-3)
Semoga Allah SWT senantiasa melimpahkan rahmat dan hidayah-Nya kepada para pemuda pembaharu. Ia adalah moral dan kekuatan, kasih sayang dan keadilan, pasukan dan pemikiran. Sebagaimana ia adalah aqidah yang murni dan akhlaq yang terpuji, tidak kurang tidak lebih. Beginilah seharusnya pemuda! Membawa obor kemenangan yang dinantikan umat. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sehingga tidak ada lagi fitnah dan agama itu hanya untuk Allah belaka.” (Al- Baqarah: 193)
“Dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya.” (QS,61:8)
Jika malu, maka hentikanlah tindakan yang sebegitu...
Situasi 1
Seorang Perempuan A sedang mengakses laman sosialnya. Sedang matanya melilau membaca status-status terbaru kenalannya di alam maya, matanya tertancap pada sebuah kenyataan yang hampir meluruhkan jantungnya. Diklik pada dinding profile teman yang menulis. Lalu dibaca satu-persatu kenyataan berbaur amarah dan dendam tersebut. Teman tersebut, Perempuan B sedang menceritakan keburukan seorang teman yang amat dikenali Perempuan A. Malah hubungan itu terlalu akrab hinggakan Perempuan A turut terasa tempias dendam amarah Perempuan B. Perempuan B menzahirkan amarah dalam kenyataannya dan mula ditokok tambah oleh kenalan-kenalan yang lain. Tidak kurang juga yang menenangkan. Tapi lebih ramai yang bagaikan mencurah minyak ke bara api.
Kerana geram dengan kenyataan tersebut, Perempuan A membuka blog peribadinya dan menulis kenyataan balas kepada status di laman sosial tadi. Ya, marah menguasai diri. Geram juga kerana merasakan dirinya turut terpalit dalam dendam lama itu. Dirinya merasakan tidak sepatutnya Perempuan B menghebahkan keburukan rakannya di laman sosial, lalu dia cuba menasihati dalam geram dan setiap bait perkataan bagaikan lontaran ketidakpuasan hatinya yang tidak dapat dijelaskan melalui laman sosial Perempuan B tadi.
Perempuan B lalu terbaca. Aneh, nasihat yang ingin Perempuan A sampaikan bertukar menjadi kenyataan benci dan dendam. Perempuan B lalu mengatakan Perempuan A ingin memutuskan persahabatan dengan dirinya. Sedangkan, bukan itu maksud awal Perempuan A menulis di blognya. Namun, salah faham telah berlaku. Mereka tidak menyelesaikan sesama mereka, tapi hanya membalas serangan di alam maya yang turut disertai kenalan-kenalan yang tidak tahu menahu hujung pangkal cerita. Pengakhirannya, Perempuan A telah dianggap memutuskan persahabatan dalam keadaan dia ingin membela teman lain. Manakala Perempuan B meraih simpati kenalan laman sosialnya yang langsung tidak memberi nasihat kebaikan tetapi hanya menuntut dirinya dibela dari terus berkawan dengan Perempuan A.
Situasi 2
Seorang pekerja perempuan di salah sebuah syarikat minyak di Malaysia sedang menyelesaikan beberapa masalah sebut harga di ruang kerjanya. Deringan telefon berbunyi menandakan panggilan masuk dari bahagian pejabat yang lain.
Pekerja Lelaki : Tolong call supplier untuk tangguh penghantaran ke esok hari (secara berhemah meminta tolong). Ada masalah di ruangan production. Tank ada masalah dan tidak dapat befungsi dengan baik. Mungkin esok baru boleh ready dengan raw material yang baru.
Pekerja Perempuan : Apa? (terkejut barangkali kerana terpaksa membuat panggilan sekali lagi) Mana boleh delay penghantaran. Lagipun supplier dah confirm nak datang hantar hari ini. Masalah tank tak boleh berfungsi awak pandailah cari penyelesaian sebelum tengah hari, dan supplier akan tetap datang hari ini.
Pekerja Lelaki : Sepatutnya tugas awak call supplier. Tak boleh ke tangguh ke esok hari. Tak kanla itu pun nak kena saya ajar. Tugas awak untuk berhubung dengan mereka cuba ringankan masalah production kita sekarang ni. Awak tak tau buat kerja ke?
Terguris dengan kenyataan pekerja lelaki tersebut, lalu pekerja perempuan meluahkan rasa geram dan tidak puas hatinya di laman sosial. Ada yang menghangat lagi situasi dengan mengapi-apikan kenyataan. Dan akhirnya pekerja lelaki muncul membela diri dalam kenyataan balas menerangkan pada kenalan lain duduk sebenar dirinya dalam situasi ini. Pekerja perempuan tidak puas hati, lalu terus-terusan menolak kenyataan pekerja lelaki. Yang memerhati, membaca dan membalas status tersebut ada yang membantu menjernihkan keadaan. Namun, masalah tetap tidak selesai kerana segala-galanya hanya di laman sosial.
Perempuan, Laman Sosial dan Emosi
Dua situasi saya hidangkan dalam artikel kali ini sebagai permulaan kepada ketiga-tiga perkara di atas (perempuan, laman sosial dan emosi) yang akhirnya telah membawa kepada satu titik di mana, telah robek sebuah hubungan persahabatan di antara dua teman dan dua rakan sekerja. Malahan, rakan-rakan lain yang memerhatikan turut terlibat secara tidak langsung sama ada membela sebelah pihak yang lain atau telah tertanam dalam diri mereka beberapa persepsi negatif terhadap pihak-pihak yang terlibat. Akhirnya juga, tiada kebaikan yang terlihat malah keburukan telah dipamerkan sejelas-jelasnya buat tatapan seluruh dunia dan mereka yang mengenali.
Laman sosial, tidak ingin saya fokuskan yang mana kerana anda sendiri sudah arif dengan dunia maya ini. Tujuan utamanya, untuk menghubungkan yang jauh mengeratkan yang dekat, menyebarkan kebaikan bagi mereka yang berIman dan bertaqwa, menghebahkan keburukan dan kerosakan bagi setengah yang lain. Dan sedarkah kalian, wahai Muslimah, wanita-wanita zaman sekarang bahawa laman sosial sebegini telah membuka hijab kita kepada dunia yang penuh tipu daya. Dunia yang kita sendiri cipta, dan hanya dengan benteng tarbiyah sahajalah kita mampu mengawal kerakusan di dalamnya.
Sedihnya, dengan kebejatan teknologi dan kemudahan dunia maya sebegini, ramai Muslimah dan wanita telah merobek pakaian malu mereka secara terang-terangan. Walaupun segalanya hanya berlaku di alam maya, tidak berjumpa secara fizikal, tidak berbicara dari mata ke mata, wanita sudah semakin berani menanggalkan hijab malunya. Kita sudah berani mempamerkan emosi di laman sosial tanpa segan silu, meraih simpati mereka yang mengenali kita, meluahkan emosi, mencari sekelumit nasihat tanpa sedar telah meragut maruah insan lain dan lebih menyedihkan kita sanggup memutuskan sebuah hubungan dengan teman, dengan keluarga dan mungkin saja dengan insan-insan yang sangat menyayangi kita.
Teori Barat
Pengkritik dari gerakan feminist Barat telah mengatakan bahawa wanita perlu bergerak ke hadapan, menafikan semua kenyataan yang juga dibawa oleh fahaman Barat bahawa wanita hanya bergantung pada lelaki, lemah dan tidak bertamadun. Gerakan feminist juga menggalakkan wanita untuk tampil menguasai segala bidang, bersuara menyatakan pendapat dan menentang segala bentuk penindasan fizikal, emosi, dan rohani. Dalam teori ini, terdapat satu terma yang acapkali digunakan iaitu agency atau kebolehupayaan, kuasa, hak kepada individu untuk bertindak menurut kehendaknya, menyatakan pendapatnya, berdiri atas keupayaan dirinya tanpa dihalang oleh mana-mana unsur. Dari sini pula terdapat dua jenis agency iaitu agency secara covert (dalaman) dan agency secara overt (terang-terangan). Hakikatnya, teori ini telah memperkenalkan kepada wanita beberapa kebaikan dalam tidak sedar juga, jika wanita itu tidak dibenteng dengan kekuatan aqidah akan menyebabkan dirinya terjatuh ke lembah kehinaan.
Di sinilah saya ingin membuktikan bahawa, kebolehupayaan wanita kini untuk tampil kehadapan, telah sedikit sebanyak melunturkan warna pakaian malu mereka. Bukanlah saya menentang kaum wanita untuk ke hadapan kerana hakikatnya wanita juga harus bergerak kehadapan, tetapi kenapa sampai begini sekali kita ingin melondehkan sifat malu yang telah Allah kurniakan pada kita? Wanita telah mempertahankan agency mereka secara overt. Bukan lagi secara covert. Tanpa mereka sedar, tindakan overt agency itulah yang melondehkan pakaian malu mereka.
Muncul di laman sosial dengan meluahkan emosi, mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak malu…adakah ini yang kita belajar dari maksud hadith
Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr al-Anshari al-Badri ra. dia berkata, “Rasulullah saw bersabda, ‘Sesungguhnya sebuah ungkapan yang telah dikenal banyak orang dari ucapan nabi-nabi terdahulu adalah: ‘Jika engkau tidak malu, berbuatlah semahumu.” (HR. Bukhari)
Adakah laman sosial kita itu Tuhan untuk kita raih simpati darinya dengan meluahkan segala permasalahan sosial. Lihat sajalah kesannya pada dua situasi di atas, yang akhirnya telah mengoyakkan hubungan persahabatan yang dibina sekian lama dengan hanya satu kenyataan di laman sosial berbaur emosi, amarah, nafsu, geram dan sebagainya. Di mana penyelesaiannya??
Kita sudah tidak malu wahai wanita. Kita malu dalam berpakaian. Tapi tidak malu dalam mengeluarkan kenyataan di laman sosial. Adakah ini yang Islam ajarkan? Hanya sebahagian yang kita jaga, sebahagian lagi kita dedahkan. Kita dah sering dengar, terbaca malah lihat banyak kenyataan tentang menjaga malu dari segi berpakaian. Tapi bab yang satu ini kita terlepas pandang. Kita tidak menjaga malu kita di laman sosial.
Sedih bukan?
Dengan hanya satu kenyataan, kita telah membuka aib diri kita, membuka ruang juga untuk orang lain mengenali aib rakan kita yang sepatutnya kita tegur secara bersemuka bukan dengan cara mendedahkan di ruangan di mana satu dunia boleh lihat dan baca.
Muhasabah wahai diri
Ya, kita ingin membela diri. Kita ingin diberi perhatian, kita ingin mendapatkan nasihat untuk semua permasalahan. Itu fitrah kita sebab itu Allah bekalkan Al-Quran dan Allah utuskan Rasulullah sebagai qudwah. Mulakan dengan langkah ketaqwaan dalam meluahkan emosi, moga dengan izin Allah atas rahmatNya kita beroleh ketenangan dan penyelesaian. Jika emosi dan nafsu yang merajai tindakan kita, maka beginilah jadinya apabila terang-terangan mempamerkan aib di laman maya. Sesungguhnya malu itu hanya akan melahirkan sesuatu yang baik.
Imron bin Hushoin ra berkata: “Rasulullah saw bersabda, ‘ Malu itu tidak akan menimbulkan sesuatu kecuali kebaikan semata.” (HR. Bukhari, Muslim)
Kita muhasabah kembali dengan menyelak lembaran hadith Rasulullah.
Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ‘sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.
Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: “Apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.”
[ Hadith riwayat Abu Dawud]
Muhasabah buat diri saya dan semua yang membaca. Saya fokuskan kepada wanita, kerana saya sayang diri saya dan anda. Maka mari sama-sama bergerak selamatkan sifat malu kita. Seindah hiasan adalah wanita solehah dan wanita solehah itu yang menjaga malunya. Moga Allah golongkan kita bersama-sama muslimah lain yang tinggi sifat malunya.
Tak Couple maka Tak Kenal ker..??
Jagalah ikhtilat kita... |
Assalamu'alaikum.
Ada orang bangkitkan.
"Kalau tak couple, macam mana nak kenal hati budi orang itu? Macam mana nak tahu dia baik ke tak? Macam mana nak pastikan dia sesuai dengan kita atau tidak?"
Kemudian katanya,
"Kalau bercinta itu hanya selepas kahwin, macam mana kalau lepas kahwin tup-tup tak jadi cintanya. Macam mana?"
Pertamanya, saya suka nak sebut.
Saya tak ajar kata tak ada bercinta sebelum kahwin. Saya kata ada. Tetapi tidaklah bercinta versi hollywood atau versi melayu, atau versi korea atau versi jepun yang kita sering lihat di kaca TV atau realiti kehidupan. Bercinta versi Islam. Sebelum kahwin pun ada.
Tak couple maka tak kenal?
Baiklah. Kita masuk ke dalam bab asal. Kalau tak couple, macam mana mahu kenal?
Sebenarnya, Islam ini tidaklah se'rigid' yang disangka. Islam meraikan fitrah manusia. Macam saya kata, Islam tak haramkan seks. Tetapi Islam mendidik kita untuk meletakkan seks pada tempatnya(yakni selepas perkahwinan), agar nasab(salasilah keturunan) manusia terjaga, dan tidak pula manusia dijangkiti penyakit merbahaya.
Begitulah dalam hubungan lelaki dan perempuan. Islam tidak haramkan langsung. Tetapi Islam mendidik kita untuk meletakkannya pada tempat sepatutnya. Dan couple, bergaul tanpa batas, bukanlah apa yang Islam didik dalam hubungan lelaki perempuan.
Kalau kita perhatikan secara jelas, satu-satu organisasi Islam itu, digerakkan oleh lelaki dan wanita. Bersama-sama. Mereka berhubungan. Tetapi dalam batas yang ditetapkan. Tidak pula berlebih-lebihan, dan jauh sekali melanggar hukum syara'.
Maka di antara step dalam membina rumah tangga di dalam Islam adalah ta'aruf, yakni berkenalan.
Tetapi, indahnya Islam ini, tiadalah perkenalan itu dilakukan semberono sahaja. Tetapi berjalan dalam keadaan terjaga, bersih, dan menyenangkan. Tidak pula membawa kepada maksiat, dan tidak pula memberikan keburukan.
Tak couple maka tak kenal?
Itu pada saya hanya satu ketakutan kita, dalam meninggalkan sesuatu yang kita nampak 'biasa'.
Kita biasa nampak orang kalau nak kenal, dia couple dulu. So, bila kita diajak meninggalkan 'kebiasaan' itu, kita risau.
Saya memahami kerisauan itu. Tetapi jalan yang kita mahu ambil sekarang adalah jalan yang Allah SWT sarankan.
Tidakkah kita membaca firman Allah SWT:
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." Surah An-Nur ayat 30-31.
Kalau benar suka, bergeraklah.
Kalau benar suka, jatuh cinta kepada seseorang, selain saya tidak menafikan keperluan kita melakukan Istikharah, berdoa kepada Allah SWT, kita juga perlu bergerak berusaha.
Tetapi apakah berusaha ini dengan mengorat? Tidak.
Bagaimana kita boleh hendak beribadah(rumah tangga adalah ibadah) sekiranya kita memulakannya dengan maksiat kepada Allah SWT?
Tetapi apakah ketaatan kepada Allah itu akan merencatkan usaha kita untuk membina rumah tangga ini? Sama sekali tidak.
Kalau sudah suka, maka pertama sekali buatlah background checking. Saya amat tekankan perkara ini. Anda kenal dengan siapa yang rapat dengan orang yang anda suka itu? Tanyakan.
Saya sendiri, bila jatuh hati dengan perempuan yang saya suka, saya pergi bertanya kepada yang rapat-rapat dengannya. Senior-senior, ustaz-ustazah, keluarga, untuk tahu berkenaan dirinya. Saya hingga pergi berziarah ke rumah perempuan yang saya suka. Berkenalan dengan ibu bapanya. Tinggal masa itu saya tidak nyatakan hasrat saya. Sebab saya sekadar nak tengok, perempuan yang saya suka ini, keluarganya bagaimana. Rumahnya bagaimana.
Kita perlu ingat, kita perlu dipandu keimanan di dalam hal ini, bukan dipandu rasa. Sebab itu, background checking adalah perlu. Kita bukan ikut rasa suka kita semata-mata. Suka, terus nak kahwin. Jangan demikian. Buat background check dulu.
Kata nak berkenalan kan? ^^
Ustaz Dahlan bin Mohd Zain ada ajar saya bahawa, bila benar-benar hendak berkahwin ini, mengintai tingkah laku orang yang kita berkenan itu pun dibenarkan. Sebab, kita nak kahwin dengan orang yang betul-betul menyenangkan kita. Jadi, adalah dibolehkan untuk kita mengintai mereka. Tetapi bukanlah mengintai hingga ke privacy mereka. Dan dengan syarat, benar-benar untuk berkahwin. Bukan berniat jahat, bermain-main dan sebagainya.
Jadi, jelas. Background check. Itu level pertama 'berkenalan' dalam hal nak betul-betul nak berumah tangga ini.
Kemudian, bila sudah berpuas hati, rasa dia ok dengan kita, maka buatlah move yang kedua.
Iaitu hantar wakil untuk menyatakan perasaan kita kepadanya.
Tetapi pun, hal ini, lihatlah kondisi diri.
Kalau diri tu masih sekolah, kalau diri itu masih tidak mampu sara hatta diri sendiri, ibadah masih tunggang langgang, fikir-fikirlah panjang-panjang.
Saya, secara peribadi tak ada masalah dalam bab umur, or bab tak ada duit. Asalkan, saya ulang, asalkan, kita lakukan dulu perbincangan dengan kedua-dua ibu bapa kita, penjaga kita. Yang ada ustaz ustazah yang kamcing dengan kita tu, bawak-bawaklah ustaz ustazah itu juga masuk dalam perbincangan ini. Tanya pendapat. Kalau semua rasa kita sesuai teruskan perkara ini, teruskan.
Baik, masuk bab hantar wakil itu semula. Yang lelaki hantarkan wakil, mak ayah, penjaga dan sebagainya. Saya tak galakkan hantar wakil dari kalangan rakan-rakan. Kerana, siapa tahu sejauh mana rakan-rakan anda itu 'jauh lebih matang daripada anda'. Wakil ini, bukan taraf posmen karat. Wakil ini, perlulah dari kalangan orang yang anda boleh percaya dia, yang dia itu boleh tarik anda, perbetulkan anda kalau anda salah. Jadi, saya prefer ibu bapa, penjaga, mas'ul atau mas'ulah, dan yang setaraf dengannya.
Yang perempuan pun sama. Selepas buat background check, hantarlah wakil.Kenapa penting hantar wakil ni? Kenapa tak boleh main pendam sahaja sampailah tiba-tiba jejaka/puteri idaman hati itu tiba-tiba datang kepada kita?Saya sudah jelaskan dalam note yang lepas.
Kalau tak bagitahu, tak make the move, akan ada dua situasi.
situasi 1 --> Pendam lama-lama, tup-tup dia tak suka kita pun. Frust sahaja bertahun-tahun bazir waktu. Sedangkan, kalau kita tahu, kita boleh sahaja mula cari yang lain pula.
situasi 2 --> Pendam lama-lama, tup-tup rupanya dia suka kat kita. Tinggal kita lambat buat move, dia kahwin dengan orang lain.
Jangan cakap kat saya fasal "dah tak ada jodoh, nak buat macam mana"
Di sini, walaupun kelihatan anda seperti redha dengan takdir, sebenarnya anda lebih kepada menyalahkan Allah SWT.
Sebab sebenarnya, yang salahnya adalah anda. Setiap musibah yang menimpa kita, hakikatnya adalah perbuatan tangan kita sendiri.
“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” Surah Asy-Syuura ayat 30.
Kemudian, apabila diterima, kita biasanya akan masuk ke alam pertunangan.
Di alam pertunangan inilah sebenarnya kita memanjangkan lagi ta'aruf.
Janganlah sampai tidak berhubung langsung. Kononnya hendak menjaga syara'. Hendak menjaga diri dari zina hati kononnya. Berhubunglah. Tetapi dengan batas. Pastikan penjaga tahu, ibu bapa tahu bila kita berhubung. Dan sebenarnya, perbanyakkanlah berhubung dengan penjaganya, berbanding berhubung dengan tunang kita. Eratkanlah hubungan kekeluargaan, perdalamkanlah ta'aruf dengan banyak bertanya kepada kedua ibu bapanya. BEerta'aruf dengan pasangan sepanjang pertunangan juga penting, tetapi berpada-padalah. Nasihat saya, banyakkan berhubung dengan ibu bapanya, dengan ahli keluarganya yang lain.
Dan kalau perlu berbincang sesuatu perkara, berbincanglah pakai telefon. Tiada salahnya. Janganlah kerana terlalu nak menjaga, berbincang hanya di atas email dan sms sahaja. Tulisan ini, orang boleh interprestasi 1001 macam interprestasi. Maka situasi perbincangan, berjumpalah(dengan ibu bapa ada sekali) atau pakailah telefon, skype ke, bukannya salah. Nak bina rumah tangga. Kenalah serius. Betul-betul.
Ketika bertunang ini, dibenarkan pergi makan bersama. Tetapi bawalah keluarga. Bukanlah lebih indah dan lebih terjaga?Bukan tidak dibenarkan keluar bersama. Tetapi bawalah keluarga. Bukankah itu lebih cantik dan terjaga?
Saya jujurnya, saya keluar makan dengan tunang saya juga. Saya keluar shopping dengan dia.Tetapi dengan keluarga kami. Kami ditemani kedua-dua ibu bapa kami.
Saya beri hadiah kepada dia. Dia beri hadiah kepada saya. Bahkan kami berbincang lagi dengan kedua-dua ibu bapa kami, hendak bagi hadiah apa.
Saya sering sahaja berziarah ke rumahnya semasa saya pulang ke Malaysia. Bersembang dengan kedua-dua ibu bapanya. Bersilaturrahim dengan abang-adiknya.
Tidak perlu pun saya bercouple berdua-duaan dengannya untuk mengenalinya.
Tetapi saya amat yakin saya mengenali tunang saya. Semestinya bukan 100%, tetapi cukup untuk saya kata, dia adalah yang terbaik saya mampu cari setakat ini untuk diri saya. Cukup untuk menyenangkan hati saya, bahawa bakal isteri saya nanti adalah yang sesuai dengan saya.Banyak lagi kalau hendak diceritakan antara saya dengan tunang saya.
Tetapi indah rasanya kalau cerita itu semua selepas kami berkahwin nanti insyaAllah.
Kena minta izin dia dulu. ^^
Nah.Siapa kata kalau tak couple maka tak kenal?
Tidak perlu couple pun. Tidak perlu merendahkan maruah kita pun. Tidak perlu berhubung bebas pun.
Kenal tetap dapat kenal.
Bahkan, dapat menjaga kehormatan diri, bersih, jauh dari maksiat dan sebagainya.
Penutup: Sesiapa yang faham keluasan Islam, maka dia akan senang dengannya.
Ramai yang tidak mengetahui keluasan Islam.
Ramai agamawan, hanya tahu memberitahu batasan itu dan ini, itu dan ini. Hingga kadangkala mengharamkan yang halal. Kononnya untuk menjaga. Perkara ini banyak menimbulkan kekacauan sebenarnya. Pada saya, kalau hendak menjaga ketat-ketat sangat, sampai jumpa pun tidak, sampai bincang pun tidak, tak patutlah sebenarnya.
Yang Islam bagi tu, bagilah. Kenapa mesti hendak tak bagi.
Bila cerita apa yang Islam tak bagi, patut tunjukkan apa yang Islam bagi.kena faham bukansemua orang faham Islam macam orang agama faham.
Jadi, kepada yang masih tidak memahami perkara ini(cinta, bina rumah tangga cara Islam n so on), perhatikanlah artikel saya ini.
Mana kurangnya? Bahkan banyak lebihnya.
Anda jauh dari maksiat. Anda jauh dari kerosakan maruah.
Anda berada dalam rahmat Allah.
Kenal dapat kenal. Kahwin dapat kahwin. Bahagia insyaAllah bahagia.
Maka di mana downsidenya?
Memanglah mungkin kelihatan tidak seromantis mereka-mereka yang keluar-keluar berdua-dua(atau secara berkumpulan) itu. Tetapi yakinlah, sebentar sahaja benda ini. Selepas kahwin, nah, pergilah ke tepi pantai, pergilah ke shopping complex, nak share satu cawan satu straw, nak share satu pinggan satu sudu satu garfu, semua boleh. Jangan risau. ^^
Lagipun, anda perhatikanlah.
Kalau benar cinta, mestilah hendak ke syurga Allah SWT.
Jadi, apa kes kita buat benda yang tak syar'ie atas nama cinta?
Itukan membawa ke neraka? Maka bagaimana itu boleh dinamakan cinta?
So, siapa kata tak couple maka tak kenal?
^^
~ Hilal Asyraf ~
Subscribe to:
Posts (Atom)