Assalamualaikum.. Yoyoyo.. Haha..
Debaran makin terasa duhai adik2 ku.. Esok nak amik result SPM kan.. Nk kongsi jugak cerita saya yg tak seberapa ni..
"Hari tu saya ke sekolah sorang diri sebab mak kena jaga tok wan yang ade kat umah kebetulan ade kenduri masa tu. Jadi naik la bas sorang2. Tapi dah biasa, mak pun percaya. Sebab kalu saya nk gi jalan2 kat bandar lepas sekolah, sebelum pergi sekolah pagi tu mesti dah maklumkan dulu. Ada kelas pun kena maklum. Sampai ayah gi amik kat masjid Sultan Ahmad tu time maghrib dgn motor. Tu selingan jela.
Pagi tu dah ramai orang. Saya macam bese dengan classmate. Duk tunggu berdebar nya nak amik result. Saya buat muka tak bersalah, wak rilek je. Yela, dah cube sedaya upaya, so doa dah dipanjatkan. Ketentuan atas Dia belaka. Baik alhamdulillah, Buruk pun Alhamdulillah. Jadi, kitorang ke bilik mesyuarat kat ofis sekolah tu. Yang lain dah amik.
Best student time tu Nurul Wahidah Ramezan.. Dia dulu rasanya gi amik. Memang dah expect dpt 11A tak pun straight A's wahidah ni.. Tiba time, saya dapat result tu, Teacher Rodziah tengok dulu. Terkejut gak dia. Dia bagi saya tengok. A A A A A A B A A C A A A.. Betul ke ni?? Cek nama balik. Alhamdulillah betul atas tu nama Muhamad Haiqal bin Safie. Terus keluar selepas teacher ucap tahniah. Air mata dah bersedia utk jatuh.. Keluar je, first sekali buat Call My MOm.. "Ummi, dapat dah result ni." "Boleh berapa??" "11A je." Ummi senyap n then kata Alhamdulillah. Wah, menangis ummi dlm tepun time tu. Syukurnya. N then call mak sedara kat Perlis. Begitu la juga. Lepas call, jumpa kawan2. Masing2 ucap tahniah. Saya memanjat syukur. Alhamdulillah. 5 tahun di Sek Men Agama Al-Falah, berkat dengan jaga hubungan dengan guru dapat keputusan cemerlang. Saya pun terus balik. Sebelum nak naik bas, pengetua call. "Haiqal, mari pejabat jap." Nasib baik tak naik bas agi. Rupanya ada interview dari Sinar Harian. Masuk paper gak, saya pengetua dan wahidah.. Hehehehe.. Kecoh la time tu kat kijal, anak Pak Cik Safie n Mak Cik Noriah masuk paper. Tp sinar harian je.. Malu gok tibe2 ade muka kat situ. Family saya memang dikenali satu kampung. Sebut nama Ahmad Yaakub dan Ngah Daud, ramai yg kenal. Sampai dicop satu keturunan yang menyokong Islam. Haha..
Selepas dapat result SPM, byk offer dapat, UTP, matrik perlis, UIA, JPA ke Jepun dalam bidang kejuruteraan. Tp last2 pilih UIA. Ramai tanya sebab ape tak gi Jepun. Simple Answer, "Ummi Sayang Saya." ahahah.. anak mak kan.. Tu la kisahnya sampai ke sekarang yang masih di UIA."
Ingat dapat result nanti bagitau dengan jujur kat ibu bapa masing. Result ok sebut Alhamdulillah, result tak ok pun sebut Alhamdulillah. Sebab Allah sentiasa meletakkan kita ditempat yang baik nanti. Wallahualam.
~penulis merupakan Siswa UIA. Haiqal Syahid..
aHLAn wasAHLAn
Sunday, 25 March 2012
Friday, 23 March 2012
Auratmu, Aib Yang Wajib Ditutup..!!
Kewajipan menutup aurat bagi lelaki dan wanita telah disepakati kewajipannya oleh para ulama.
Namun, setakat mana yang dinamakan 'aurat', terbuka kepada banyak tafsiran, maka ulama' berselisih pendapat mengenainya. Perkara yang diperselisihkan ini selagi bersama hujah yang benar daripada tafsiran al-Quran dan al-sunnah sebagaimana manhaj golongan awal, kesemua mereka dalam daerah pahala dan perlu kita hormati.Mari kita telusuri tentang dalil kewajipan menutup aurat bagi wanita.
Dalil 1: Wajib Bertudung (Khimar) atau Menutupkan Kain Meliputi Kawasan DadaFirman Allah SWT :
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (Surah al-Nur : 31)
Dalil 2: Tutuplah Kecuali Muka dan Tapak TanganHendaklah pakaiannya itu menutup seluruh tubuhnya sehingga tidak terlihat oleh orang lain kecuali wajah dan tapak tangan, sebagaimana pentafsiran Ibnu Abbas yang diiktiraf oleh Rasulullah SAW sebagai pakar tafsir, merujuk firman Allah SWT,
Ertinya : "Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya." (Surah al-Nur : 31).
Al-Qurthubi dalam mentafsirkan ayat di atas mengatakan bahawa 'yang biasa nampak daripadanya' adalah wajah dan kedua-dua tapak tangan sebagaimana kebiasaan rutin mahupun ibadah seperti solat dan haji. Walau bagaimanapun apabila dikhuatirkan terjadi fitnah kerana wajah wanita yang terlalu cantik maka lebih baik untuknya mengenakan purdah.
Dalil 3: Wajib Memakai Baju Longgar (Jilbab) yang Menutupi Seluruh Tubuh
Firman Allah SWT bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang beriman, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal supaya mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Ahzab: 59).
Berkenaan isu yang mengatakan seorang wanita tidak boleh memakai pakaian sambung (iaitu ada atas dan ada bawah seperti baju kurung) dan mereka hanya diharuskan memakai pakaian terusan (seperti jubah), sebenarnya tiada dalil yang mengatakan sedemikian selagi mana kedua-dua pakaian tersebut memenuhi syarat-syarat yang sudah ditentukan syariat terhadap pakaian 'takwa' seorang muslimah. Terpulang kepada mereka menentukan fesyen selagi mana kod fesyen itu masih mengikuti syarat-syarat syariah.
Dalil 4: Kisah Asma' Binti Abu Bakr Dilarang Memakai Pakaian TipisDiriwayatkan oleh Abu Daud daripada Aisyah r.ha. bahawa Asma' binti Abu Bakr pernah mendatangi rumah Nabi SAW (baginda merupakan adik ipar Asma') dengan mengenakan pakaian tipis yang menampakkan tubuhnya. Lalu Nabi SAW berpaling daripadanya dan berkata, "Wahai Asma', sesungguhnya seorang wanita yang telah haid tidak dibolehkan menampakkan bahagian daripada (tubuh)nya kecuali ini dan ini." Baginda SAW memberikan isyarat kepada wajah dan kedua telapak tangan. Hadis di atas banyak dikuatkan oleh pelbagai hadis sahih lainnya.
Rasulullah SAW telah mengenali Asma' r.ha sebagai wanita baik tetapi baginda tetap memerintahkannya mengenakan pakaian menutup aurat di hadapan bukan mahram (lelaki yang tidak halal baginya) kerana ia perintah Allah yang tetap dan tidak berubah kecuali dalam keadaan darurat. Begitu juga tentang isteri Usamah bin Zaid.
Dalil 5: Larangan Memakai Pakaian Berbayang atau Nipis
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad bahawa Nabi SAW menghadiahkan Usamah bin Zaid sehelai pakaian (yang berasal) dari Mesir. Lalu Usamah memberikannya kepada isterinya dan Nabi SAW berkata kepadanya, "Perintahkan isterimu untuk mengenakan pakaian dalam pada bahagian bawahnya. Sesungguhnya aku mengkhuatirkan nampak bentuk-bentuk tulangnya."
Pakaian yang dimaksudkan Nabi hendaklah tidak mengundang fitnah, seperti tidak tipis sehingga menampakkan bayangan tubuhnya atau tidak pula ketat sehingga membentuk lekuk, alur dan lurah pada bahagian tubuhnya.
Jarak Itu Menjaga Aku dan Dia
Semua insan dalam dunia ini pasti pernah merasai perasaan itu. Perasaan yang tidak asing lagi dalam jiwa kita sebagai manusia. Perasaan yang kadangkala hadirnya tanpa kita duga atau kita paksa.
Memang sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia untuk merasai perasaan itu. Cuma mungkin bagaimana perasaan itu hadir dalam diri kita berbeza bagi setiap individu.
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)."
[Ali 'Imran, 3:14]
[Ali 'Imran, 3:14]
Dalam diam, perasaan itu hadir di hatiku
Seperti insan lain, aku jua merasai perasaan itu. Perasaan yang bukan baru semalam berputik, tetapi telah hampir 5 tahun aku pendam. Aku sering tertanya-tanya salahkah untuk aku mempunyai perasaan yang bukan aku reka atau cipta, perasaan yang hadirnya tak pernah aku paksa, perasaan yang tak berubah sedikit pun walau banyak dugaan menimpa. Namun dalam aku melangkah menyusuri perasaan itu, aku sering dilanda rasa khuatir. Aku khuatir andainya rasa cinta ini melebihi rasa cintaku pada-Nya. Aku khuatir andai rindu yang aku pendam melebihi rinduku pada-Nya. Diri ku dan dia diikat dengan satu ikatan di dalam hati. Ikatan yang tak perlu aku dan dia lafaz melalui bicara kata.
Cukuplah rasa ini aku pendam dan dia juga memendam rasa yang sama. Jasad aku dan dia beribu batu terpisah. Hati aku dan dia juga beribu batu menjauh. Kini, wajahnya pun mungkin telah menjadi samar-samar di ingatanku. Suaranya seperti ku ingat-ingat lupa di telingaku. Rinduku padanya yang tidak menentu telah menjadi rindu yang ada hala tuju.
Saat aku dan dia menjauh
Pernah satu ketika dulu, aku kecewa dengan keadaan ini. Aku rasa seperti tidak sempurna dengan ketidakhadiran dia disisi. Namun kini, aku mengerti mengapa dia makin menjauh dari aku. Aku hormat keputusannya kerana aku tahu semua ini dia lakukan demi kebaikan aku dan dia.Teringat aku bicaranya tentang kisah kami. Kami dipertemukan dalam keadaan yang aneh sekali. Dalam keadaan saling tidak mengenali, perasaan yang tidak disangka-sangka hadir dalam diri kami. Sehingga kini, aku masih tidak mengerti bagaimana perasaan itu hadir dan bercambah sehingga ke saat ini.
Oleh itu, aku megerti mungkin pertemuan yang aneh ini harus jua dilalui dengan jalan yang aneh. Biarlah 'JARAK' ini menjadi penjaga bagi aku dan dia. Biarlah ingatanku tentang dia yang makin samar-samar di dalam hatiku menjadi penguat hubungan aku dengan ya-Rabb. Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti.
Jarak ini menjaga aku dan dia
Kini aku semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku. Tetapi 'JARAK' ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi.Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.
Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.
"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
(Ar-Ra'd 13:28 )
(Ar-Ra'd 13:28 )
Aku sedar, aku insan yang masih rapuh. Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling yang menekanku. Jika tidak kerana JARAK ini,mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia. Iman ku akan goyah saat terpandang wajahnya. Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya. Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia
Gurindam Syahwat
Sekian lama cinta disekat
SMS dikirim menggantikan surat
Tibalah masa janji diikat
Terciptalah sejarah di satu tempat
Taman yang indah lagi memikat
Di balik rumpun yang sukar dilihat
Mata bertentang tangan pun berjabat
Dua hati memadu erat
Kasih disulam rindu dirawat
Cinta berganding degupan syahwat
Guruh berdentum hujan pun lebat
Nafas dan nafsu berperang hebat
Tidak tertanggung kasih melarat
Hendak dicanang cinta tersemat
Kini pangkuan semakin rapat
Agungnya cinta tidak bertempat
Tiada diingat Allah dan malaikat
Inikan pula pencegah maksiat
Hilang sudah agama dan adat
Kehendak diri mencalar syariat
Ayah dan bonda dilupa sesaat
Detik berlalu berganti saat
Tubuh yang ramping kini membulat
Tiada lagi t-shirt melekat
Baju yang seksi berganti pelekat
Uda jelita menanggung sarat
Teruna dihubungi tak pernah dapat
Janji dilafaz menjadi jerat
Resah bersulam akalpun tenat
Hilanglah pegangan menggoyahkan syariat
Lalu dibuang penyambung zuriat
Baru terfikir insaf dan taubat
Sayangnya kini sudah terlambat
Takdir tuhan telah tersurat
Saat bertemu di alam akhirat
Bertanyalah Allah soalan yang empat
Adakah hartamu membawa berkat?
Adakah ilmumu menuju manfaat?
Adakah amalmu menjadi rahmat?
Umur mudamu apa kau buat?
Basahkah lidah dengat syahadat
Tika berhimpun bertimbangkan ibadat
Adakah dipilih jalan selamat
Di taman syurga yang harum memikat
Atau neraka di lorong keramat
Berlimpah peluh dan jijik keringat
Wahai sayang sedarlah cepat
Sesungguhnya dunia terlalu singkat
Ayuhlah kita mencari rahmat
Janji Allah segera disemat
Agama tak menghalang cinta sejagat
Kerana itulah nikah disunat
Agar fitrah dibimbing bertempat
Mencari damai beroleh berkat
Diri sekadar memberi nasihat
Kelemahan diri bukanlah azimat
Seandainya terguris hati melarat
Sepuluh jari disusun rapat
Ukhwah terjalin disulam erat
Restu Ilahi sama disemat
Bagaimana Mencintai Secara High Class
Cinta high class bukan ekslusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua.
Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita mesti mencintai secara high class.
Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga.
Err, apa itu cinta high class?
Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu,Cintamu padaku kerana Allahmu yang satu,Cintamu bermujahadah menahan nafsu.
"Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik)." (HR al-Tarmizi).
Saya terfikir, wanita dan lelaki saling tertarik. Itu biasa. Malah ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina. Begitulah cara Allah menjamin berterusannya kehidupan di dunia.
Saya terfikir, wanita dan lelaki saling tertarik. Itu biasa. Malah ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina. Begitulah cara Allah menjamin berterusannya kehidupan di dunia.
Wanita dan lelaki saling jatuh cinta. Itu juga biasa. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri. Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.
Wanita dan lelaki sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Itu luar biasa. Tapi boleh membawa binasa. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup dikorbankan sekali. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca keghairahan dan pencetus fitnah.
Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh luar biasa. Dan ini barulah high class. Jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah. Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.
Jika di luar batas urusan, mintalah fatwa dari hati. Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati. Dosa itu apa yang was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan, bila halal, penuh keterujaan.
Saya cuba memahami, mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi. Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu. Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita. Wanita sukakan sifat kelelakian seorang lelaki.
Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutupnya. Bagaikan elektron dan proton. Bagaikan baju dan seluar. Bagaikan sepasang selipar. Saling memerlukan.
Bukti saling memerlukan ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami atau isteri, bukan untuk teman wanita atau teman lelaki. Kenapa ianya high class?
Itu tanda patuhi Allah.Itu tanda jauhi fitnah.Itu tanda sebuah mujahadah.
'Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.' (Monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High Class).
Subscribe to:
Posts (Atom)